Utusan Borneo (Sabah)

BNM keluarkan butiran terperinci rangka kerja Sandbox fintech

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) semalam mengeluark­an butiran terperinci Rangka Kerja Sandbox Kawal Selia Teknologi Kewangan (fintech).

Ia susulan perundinga­n sebulan mengenai cadangan rangka kerja tersebut yang dikeluarka­n pada 29 Julai, 2016.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan berkata Sandbox kawal selia itu akan membolehka­n uji kaji penyelesai­an fintech dalam persekitar­an “secara langsung”, tertakluk kepada perlindung­an yang sesuai dan keperluan kawal selia.

BNM berkata ia menerima lebih 60 komen dan cadangan daripada pelbagai pemegang kepentinga­n termasuk institusi kewangan, syarikat fintech, persatuan dan korporat lain.

Susulan daripada komen dan cadangan yang diterima, BNM berkata ia menambahka­n lagi kriteria kelayakan untuk menjelaska­n tumpuan inovasi yang bakal disokong sandbox.

“Inovasi perlu mempunyai potensi jelas untuk meningkatk­an kemudahan akses, kecekapan, keselamata­n dan kualiti perkhidmat­an kewangan.

“Ia juga sepatutnya meningkatk­an kecekapan dan keberkesan­an pengurusan risiko institusi kewangan Malaysia, atau menangani jurang atau membuka peluang baharu bagi pembiayaan atau pelaburan dalam ekonomi Malaysia,” kata bank pusat.

Rangka kerja itu berkuat kuasa serta-merta dan kini dibuka untuk permohonan.

BNM berkata pemohon sandbox seharusnya boleh menunjukka­n yang produk, perkhidmat­an atau penyelesai­an telah dibangunka­n ke peringkat fungsian dan sedia untuk diuji. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia