Utusan Borneo (Sabah)

110 hadiri Majlis Makan Malam Deepavali

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai 110 orang terdiri daripada ahli Persatuan Penganut Agama Hindu Daerah Lahad Datu hadir sempena Majlis Makan Malam Deepavali 2016, di sini, baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Wanita Bahagian Silam Mizma Appedullah dan turut hadir ACP Ahmad Fuad (Esscom) dan Ir Adzmir (LDEO).

Terdahulu, pengerusi persatuan Ravi Vellan berkata Majlis Makan Malam Deepavali ke-5 itu diadakan bagi mengeratka­n hubungan dalam kalangan masyarakat India dan mewujudkan suasana Perayaan Cahaya yang meriah.

Beliau dalam ucapannya turut menyuaraka­n hasrat persatuan agar pihak kerajaan dapat mempertimb­angkan permohonan persatuan untuk memohon sebidang tanah bagi tujuan pembinaan kuil.

“Permohonan itu telah diajukan sejak 10 tahun lalu, namum sehingga kini masih belum berjaya diperolehi. Seperti kita sedia maklum, purata penganut Hindu yang menetap di daerah ini adalah seramai 300 orang yang kebanyakka­nnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta,” katanya.

Menurut Ravi disebabkan tidak terdapat bangunan kuil di daerah ini, penganut yang ada di sini terpaksa menuju ke daerah Tawau atau Sandakan bagi mengerjaka­n ibadat (sembayang) yang mengambil masa perjalanan selama tiga atau empat jam untuk pergi dan balik.

Oleh demikan, seandainya sebuah tempat ibadat dapat dibina di daerah ini maka ia akan menjimatka­n masa serta kos ahli persatuan itu.

Di samping itu, ia juga dapat mengelakka­n ahli persatuan daripada berdepan risiko kemalangan terutamany­a sewaktu mengadakan perjalanan sama ada ke Tawau mahupun Sandakan untuk upacara kuil yang kebiasaann­ya berlangsun­g dari jam 8 pagi hingga 9 malam.

“Saya berharap agar permohonan penganut Hindu dapat dipertimba­ngkan oleh pihak kerajaan demi keselesaan masyarakat Hindu khususnya di daerah ini,” katanya.

Sementara itu, Mizma dalam ucapan berkata beliau akan membantu masyarakat India dengan membawa perkara itu ke peringkat atasan. Kerajaan BN sememangny­a sentiasa mengambil berat melibatkan semua kaum di negeri ini sebagai sebuah keluarga dalam 1Malaysia.

Dimajlisit­u,Mizmaturut­menyampaik­an sumbangan selain membiayai kos Majlis Makan Malam Deepavali serta berjanji akan menghulurk­an bantuan kepada Persatuan Penganut Agama Hindu daerah ini setiap tahun.

 ??  ?? KELIHATAN seorang ahli persatuan menyalakan pelita sebagai simbolik suasana Perayaan Cahaya sempena Deepavali sambil disaksikan oleh Mizma (kanan), Ravi (dua kanan) serta tetamu jumputan yag lain.
KELIHATAN seorang ahli persatuan menyalakan pelita sebagai simbolik suasana Perayaan Cahaya sempena Deepavali sambil disaksikan oleh Mizma (kanan), Ravi (dua kanan) serta tetamu jumputan yag lain.
 ??  ?? RAVI (duduk, dua kanan), Mizma (duduk, tengah) bersama tetamu dan ahli persatuan.
RAVI (duduk, dua kanan), Mizma (duduk, tengah) bersama tetamu dan ahli persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia