Utusan Borneo (Sabah)

ERA fm raih 5.8 juta pendengar, kekal radio di Malaysia

-

Kesamaran’ - Ibnor Reza), Siti Sarah (‘Teratai Layu Di Tasik Madu’ - Fauziah Latif), Zarul (‘Untukmu Selamanya’ - Visa) dan Zur Eda (‘Berpaut Di Dahan Cinta’ - Dayang Ku Intan).

Sementara itu, hos GV3 iaitu Jihan Musa masingmasi­ng akan memenangi wang tunai sebanyak RM30,000, RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan. setiap minggu, lagu hit musim panas oleh The Chainsmoke­rs dan Halsey, ‘Closer’ kekal di tangga teratas dengan 123,000 lagi unit yang dijual. ASTRO Radio mengekalka­n kedudukan sebagai radio No. 1 Malaysia dengan memperoleh 15.1 juta pendengar setiap minggu, berdasarka­n keputusan kaji selidik yang dikeluarka­n oleh Pengukuran Pendengar Radio GfK, Liputan 2, 2016 baru-baru ini.

Dari perspektif kedudukan, hasil kajian mengesahka­n bahawa Astro Radio terus mengukuhka­n kedudukan sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia. Dinobatkan sebagai stesen No.1 negara dan radio Bahasa Malaysia paling popular, ERA fm meraih 5.8 juta pendengar eksklusif seminggu. Dari sudut kandungan radio, Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang dikendalik­an oleh Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperoleh­i 3.3 juta pendengar. Di antara radio-radio berbahasa Malaysia, ERA fm turut mendominas­i gelombang udara secara keseluruha­n untuk rancanganr­ancangan yang disiarkan. Menduduki tangga ke-2 radio yang digemari di Malaysia, Sinar FM dengan nafas baharunya berjaya menarik 4.7 juta pendengar seminggu. Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM, Sepahtu Sinar turut mencatatka­n 2.6 pendengar seminggu. Berjaya menawan Pantai Timur dan secocok dengan gelarannya Raja Radio di Pantai Timur, THR Gegar terus bertakhta di jiwa pendengar Pantai Timur dan sekali lagi menggondol­i kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Prestasi cemerlang stesen ini diperlihat­kan sebagai sebuah kejayaan mendadak apabila meraih 2.8 juta pendengar seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Datuk Jake Abdullah, berkata, “Radio terus berkembang maju, selari dengan pertumbuha­nnya mengikut permintaan masa kini. Bagi gabungan kesemua stesen Bahasa Malaysia di bawah naungan Astro Radio, kami mencatatka­n 74.2% pendengar, manakala stesen Bahasa Inggeris dengan 85.5% pendengar.”

Tambahnya, para selebriti Astro Radio yang menggendal­ikan segmen tertentu turut menyumbang ke arah peningkata­n pendengar.

Antara yang turut menyumbang adalah seperti Rancangan Sarapan Pagi Sinar FM iaitu Sepahtu Sinar. Kehadiran trio Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim telah menunjukan prestasi yang cemerlang.

“Gandingan penyampai radio Zura bersama Shah di Ceria Pagi ternyata memberi kesan di hati pendengar kerana stesen ini telah menerima banyak respon positif daripada pendengar melalui media sosial,” katanya.

 ??  ?? RAZIS AMENG SPRING NORA NO.1: Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang dikendalik­an oleh (dari kiri) Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperoleh­i 3.3 juta pendengar.
RAZIS AMENG SPRING NORA NO.1: Rancangan Sarapan Pagi popular JoHaRa Pagi ERA yang dikendalik­an oleh (dari kiri) Johan, Haniff dan Ray terus menduduki tangga No.1 rancangan pagi dengan memperoleh­i 3.3 juta pendengar.
 ??  ?? JAKE
JAKE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia