Utusan Borneo (Sabah)

Ambil kira kesan jangka panjang, pembuli digantung sekolah setahun

-

KUCHING: Cadangan Kementeria­n Pendidikan untuk mengenakan tindakan gantung persekolah­an selama setahun kepada pembuli yang didapati melakukan kesalahan serius sebagai alternatif menggantik­an hukuman buang sekolah mendapat reaksi pelbagai.

Tinjauan mendapati, kebanyakan orang ramai kurang bersetuju dengan cadangan tersebut mengambil kira kesan jangka panjang yang akan dihadapi pelaku.

Malah, mereka juga berpendapa­t, menghukum dengan cara sedemikian berkemungk­inan bersifat kurang rasional dan berkesan kerana ia adalah hukuman lapuk serta tidak membantu menyelesai­kan masalah buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut seorang guru di salah sebuah sekolah di sini, Nuruddin Zaidi, 28, dari segi undang- undang antibuli, seharusnya pelajar yang terlibat dengan salah laku buli di sekolah tidak boleh digantung persekolah­an.

“Undang-undang sedemikian diamalkan oleh kebanyakan sekolahsek­olah bertaraf antarabang­sa dan undang- undang itu juga menyatakan semua rakyat berhak mendapat pendidikan.

“Pendek kata, kita tidak boleh melawan api dengan api kerana punca terbesar berlaku kes buli ini adalah diakibatka­n oleh perasaan tidak yakin, sebab itulah pelaku akan membawa genggeng mereka dan amat jarang sekali ia berlaku seorang lawan seorang.

“Justeru, saya rasakan cadangan gantung sekolah setahun tidak relevan dan sepatutnya pihak kementeria­n memikirkan kaedah yang lebih bersifat holistik yang tidak menjejaska­n masa depan pelajar, sekali gus memberi pengajaran kepada mereka bahawa salah laku buli adalah perbuatan serius yang harus ditegah,” katanya kepada

Jelasnya lagi, sekiranya tindakan gantung persekolah­an selama setahun itu adalah perlu dan tidak dapat dielakkan, seharusnya pihak berwajib mengkaji dan mengkatego­rikan buli mengikut tahap keseriusan­nya terlebih dahulu.

“Pada masa sama, saya juga mencadangk­an agar kerjasama erat antara tiga pihak, termasuk ibu bapa, guru dan polis dapat digiatkan dalam usaha memantau kes buli ini sepanjang masa kerana buli berlaku akibat tiada pemantauan.

“Dan jika pemantauan dilakukan secara mendalam, pelajar pasti tidak berani untuk membuli termasuk menggunaka­n kekerasan fizikalbag­imengancam­mangsa yang dibuli,” jelasnya.

Sementara itu, pegawai kerajaan, Mohamad Yazid Ahmad, 28 berkata, adalah tidak wajar menggantun­g pelajar yang terlibat salah laku buli dalam tempoh yang agak panjang iaitu setahun.

Katanya, sekiranya hanya gantung, ia lebih menggalakk­an pelajar terdedah dengan gejala negatif kerana pelajar juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Bagi saya, kebanyakan pelajar yang menjadi pembuli mempunyai masalah keluarga, andai mereka digantung selama setahun, si pembuli akan terbiar begitu sahaja tanpa sebarang tindakan dan pemantauan.

“Jadi,adalahlebi­hbaikhanya singkatkan penggantun­gan seperti tiga bulan sahaja dan dalam tempoh tersebut pelajar juga perlu melakukan kerja khidmat sosial tetapi dengan pemantauan daripada pihak berwajib seperti daripada sekolah itu sendiri dan pihak polis,” katanya.

Pada Isnin, Kementeria­n Pendidikan mempertimb­angkan cadangan untuk mengenakan tindakan gantung persekolah­an selama setahun kepada pembuli yang didapati melakukan kesalahan serius berkuat kuasa awal tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pelajar yang digantung itu akan dilibatkan dengan kerja-kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan dalam tempoh berkenaan sebagai syarat untuk memulakan persekolah­an semula.

“Perkara ini (buli) tidak boleh dibiarkan dengan kes buli yang banyak dan perlu ada tindakan, gantung sekolah. Walaupun melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaa­n seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka kena ambil SPM tahun depan.

“Ini antara perkara baharu yang saya dan beberapa individu di Kementeria­n Pendidikan merasakan perlu dimasukkan dalam peraturan disiplin di sekolah yang melibatkan kes buli,” katanya.

Namun, pihaknya juga perlu mencari alternatif bentuk hukuman kepada pembuli yang melakukan kesalahan serius berikutan terdapatny­a pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kurang bersetuju dengan tindakan buang sekolah kepada pelajar terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia