Utusan Borneo (Sabah)

Pembuli digantung sekolah setahun Cadangan dapat maklum balas positif ibu bapa mahu penyelesai­an agresif masalah ini

-

SIBU: Cadangan hukuman gantung persekolah­an selama setahun ke atas kaki buli oleh Kementeria­n Pendidikan mendapat maklum balas positif ibu bapa yang inginkan jalan penyelesai­an agresif untuk masalah buli di sekolahsek­olah.

Bagaimanap­un, cadangan itu kini masih dalam peringkat pertimbang­an Kementeria­n Pendidikan.

Tinjauan di sini pada Isnin, seorang bapa, Amar Mohd Faruk, 47, berpendapa­t cadangan itu rasional berikutan gejala buli semakin menjadi-jadi di sekolah masa kini.

Malah, beliau turut mencadangk­an agar hukuman selama setahun tersebut ditambah kepada dua hingga tiga tahun.

“Setahun tidak mencukupi kerana selepas itu si pelaku akan kembali ke sekolah dan sudah pastinya mangsa buli akan berjumpa dengan si pembuli tersebut.

“Akibatnya, mangsa buli mengalami trauma kerana kebiasaann­ya mangsa buli tidak mudah melupakan nasib malang menimpa mereka. Jadi, ini tidak setimpal dengan nasib diterima mangsa buli,” jelasnya.

Faruk ditemui ketika sedang menunggu anaknya tamat sesi persekolah­an di salah sebuah sekolah rendah di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau percaya hukuman selama dua atau tiga tahun itu adalah relevan kerana dapat memberi masa kepada mangsa buli pulih daripada kesan trauma.

“Saya berpendapa­t setahun adalah tidak mencukupi,” katanya sambil memberitah­u bahawa anaknya pernah menjadi mangsa buli namun tidak seteruk seperti dipaparkan dalam laman sesawang Facebook, Youtube dan lain-lain.

Ditanya mengenai hukuman rotan terhadap pelajar sekolah, katanya, pihak sekolah boleh melaksanak­an hukuman rotan terhadap pelajar namun harus disaksikan ibu bapa pelajar.

Menurut beliau, ini bagi mengelak salah laku seorang guru terhadap pelajar sehingga mendatangk­an kecederaan serius ketika melaksanak­an hukuman rotan.

“Kita tidak mahu melibatkan emosi semasa melaksanak­an hukuman terhadap pelajar,” jelasnya yang mempunyai enam orang anak masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

Seorang lagi bapa, Ricky Go, 42, turut bersetuju dengan cadangan itu kerana turut berkongsi kebimbanga­n terhadap masalah buli di sekolah-sekolah.

“Jika mereka diletakkan di pusat pemulihan dan melakukan kerja amal selama setahun bagi saya adalah wajar.

“Ini kerana ia dapat mengubah akhlak mereka agar lebih baik. Tetapi, jika digantung sekolah sahaja tanpa sebarang tindakan lanjut sudah pasti mendatangk­an masalah lain,” katanya. SIBU: Ribut kencang melanda beberapa kawasan di sini petang Isnin mengakibat­kan insiden pokok tumbang.

Salah satu daripada kejadian itu berlaku di Jalan Pedada di sini apabila pokok terbabit menghempap bahagian hadapan sebuah kereta jenis Toyota Avanza.

Insiden berlaku sekitar jam 4 petang itu turut mengakibat­kan laluan jalan berkenaan sesak.

Namun pemilik kenderaan yang merupakan seorang lelaki dilaporkan terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, satu lagi kejadian pokok tumbang berlaku di Jalan Nibong Tada di sini apabila pokok terbabit dilaporkan menghempap kabel elektrik sehingga menyebabka­n bekalan elektrik di kawasan itu terputus.

Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan orang awam sekitar jam 6.17 petang dan operasi mengalihka­n batang pokok tumbang berakhir kira-kira sejam kemudian.

Bomba turut menghubung­i SESCO untuk membantu memulihkan semula bekalan elektrik.

Di Jalan Tun Abang Haji Openg di sini, sebuah kereta dilaporkan terbalik akibat tiupan angin.

Namun tiada sebarang pengesahan sehingga berita ini ditulis berhubung insiden pelik tersebut yang kini menjadi viral di media massa termasuk aplikasi Facebook.

Sementara itu, kejadian pokok tumbang turut berlaku di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Martin Koo mengesahka­n perkara itu berkata insiden terbabit berlaku sekitar jam 4.50 petang.

“Ia membabitka­n pokok bersaiz sederhana sahaja namun tiada kerosakan teruk berlaku akibat insiden itu,” katanya semasa dihubungi

pada Isnin.

 ??  ?? SEBATANG pokok tumbang dan menghempap bumbung laluan pejalan kaki di IPD Sibu.
SEBATANG pokok tumbang dan menghempap bumbung laluan pejalan kaki di IPD Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia