Utusan Borneo (Sabah)

Carta aliran mantapkan SOP tangani keganasan terhadap wanita, kanak-kanak

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti akan tampil dengan carta aliran bagi memantapka­n lagi prosedur operasi standard ( SOP) dalam menangani keganasan terhadap wanita dan kanakkanak di negeri ini.

Menterinya Datuk Fatimah Abdullah berkata melalui carta aliran tersebut, ia akan membantu menyalurka­n maklumat kepada mangsamang­sa keganasan untuk tampil membuat laporan kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

“Kita mahu mangsa-mangsa keganasan lebih berani tampil membuat laporan dan pada masa sama meningkatk­an perkhidmat­an agensi berkaitan supaya lebih cepat, cekap dan tepat dalam menangani kes-kes yang dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Lab Permuafaka­tan Dalam Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan KanakKanak di Damai Beach Resort dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar.

Menurut Fatimah, carta aliran tersebut adalah dihasilkan sempena Lab Permuafaka­tan Dalam Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan KanakKanak yang diadakan pada 15 hingga 17 Oktober lepas dengan disertai 31 peserta daripada 14 agensi yang berkaitan.

Beliau menambah, sejurus dipersetuj­ui di semua peringkat agensi, carta aliran tersebut akan dicetak dalam bentuk risalah untuk diagihkan kepada pemimpinpe­mimpin masyarakat di peringkat akar umbi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia