Utusan Borneo (Sabah)

MDLBS mahu jadikan Selangau lebih baik

-

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) di bawah pasukan baharu ahli majlisnya menyahut cabaran menjadikan Selangau sebagai tempat lebih baik untuk kehidupan dan menjalanka­n perniagaan.

Mereka turun padang ke pekan Selangau untuk memahami serta melihat masalah rakyat sekali gus cuba menyelesai­kannya.

Pada Sabtu lalu, sekumpulan ahli majlis MDLBS diketuai Timbalan Pengerusin­ya Robert Lau bertemu penjaja serta melihat keadaan pekan itu terutama pasar tamu.

Antara isu mendapat perhatian ialah masalah penjaja tamu yang amat memerlukan kawasan tempat berniaga agar mereka tidak berniaga di kaki lima atau di tepi jalan.

MDLBS mempunyai tempat menempatka­n peniaga iaitu di Tebingan Batang Oya dan tempat itu boleh diuruskan dengan lebih baik untuk menampung mereka berniaga.

Tujuan lain kunjungan Lau ke situ adalah untuk mengemas keadaan gerai sebagai persediaan Pesta Selangau yang diadakan pada awal Disember nanti.

Pada masa sama, ahli majlis juga membincang­kan mengenai masa depan Selangau apabila Lebuh Raya Pan Borneo dibina.

Lebuh raya itu mempunyai kesan besar kepada pekan Selangau dan isu kritikal adalah keadaan akses ke pekan itu akan berubah apabila projek itu dilaksanak­an.

Justeru, MDLBS mendapatka­n maklumat lanjut dan memberi maklum balas memastikan pekan Selangau terus berkembang.

Sementara itu, Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai berharap persiapan gerai Pasar Tamu Selangau dilakukan sebelum Pesta Selangau bermula iaitu 1 hingga 4 Disember nanti.

Katanya MDLBS berharap pekan Selanagau dikemas kini dari segi kebersihan terutama di belakang kawasan tamu yang menghadap ke sungai.

“Kita akan mengecat semula arah jalan dan papan tanda jalan untuk kelancaran lalu lintas.

“Saya berharap penduduk pekan Selangau dan penjaja membantu MDLBS dalam penyusunan semula membuat operasi kemas dan kondusif bagi perniagaan.

“Saya mengarahka­n Lau sebagai pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan Awam memantau dan melakukan penyusunan semula bersama ahli-ahli majlis yang bertanggun­gjawab bagi Zon Selangau,” kata Sempurai.

Untuk rekod, pekan Selangau termasuk dalam bidang kuasa MDLBS. Ia adalah pentadbira­n kedua terbesar dalam bidang kuasanya selepas Sibu Jaya.

Keunikan Selangau ialah pekannya menjadi tumpuan ramai setiap hujung minggu terutama pada waktu pagi.

Pekan itu dibanjiri penjaja tamu menjual pelbagai barangan hasil hutan sehingga telefon bimbit dan alat elektrik.

Malah, pekan Selangau juga dikenali sebagai bandar ‘koboi’ semasa hari bekerja di mana lori dan treler akan singgah mengisi minyak petrol dan makan sebelum meneruskan perjalanan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia