Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n ekonomi S’wak masih memberangs­angkan

-

KUCHING: Ekonomi Sarawak mencatat pertumbuha­n dari 4 ke 5 peratus setahun meskipun dalam keadaan kelembapan ekonomi global.

Malah, Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an, Pedagangan dan Pelaburan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak turut mencatatka­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketiga tertinggi di Malaysia.

“Pada 2015, KDNK kita (Sarawak) sekitar RM106 bilion dan KDNK perkapita adalah sekitar RM44,424.

“Manakala jumlah dagangan Sarawak dengan Jepun pada 2015 mencecah RM35.7 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar ‘Sarawak Timber Legality Verificati­on System’ yang diadakan dari 16 hingga 21 Oktober di Jepun.

Pada masa sama Awang Tengah memberitah­u, Jepun merupakan rakan dagangan penting Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Menurutnya dari segi pelaburan, Sarawak menjadi destinasi untuk banyak syarikat Jepun seperti Mitsubishi, Nippon Oil, Taiyo Yuden, Tokuyama dan sebagainya.

“Sejak 2009, lebih RM15.8 bilion nilai pelaburan datang dari Jepun terutama dalam industri minyak dan gas, elektronik, polycrysta­lline silicon dan kayu.

“Dalam dua tahun ini, Sarawak menjadi negeri kedua tertinggi yang dipilih sebagai destinasi pelaburan di Malaysia,” tambahnya.

Beliau menjelaska­n bahawa keadaan itu disebabkan kestabilan politik negeri ini dan keberkesan­an kerajaan dalam memberi kenyakinan kepada pelabur untuk melabur di Sarawak.

Antara 42 delegasi Sarawak ke Jepun ialah Menteri Muda Perancanga­n Sumber Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Pembanguna­n Perindustr­ian, Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Menteri Muda Pertanian Malcom Mussen Lamoh.

 ??  ?? LAU (tengah) semasa meninjau keadaan pasar tamu di pekan Selangau.
LAU (tengah) semasa meninjau keadaan pasar tamu di pekan Selangau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia