Utusan Borneo (Sabah)

Sabah, Sarawak harus bersatu kembalikan kuasa

Ahli Parlimen Sarawak dan Sabah digesa bersatu dapatkan semula kuasa-kuasa yang sudah terhakis

-

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing menggesa semua Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah bersatu untuk mendapatka­n semula kuasa-kuasa yang sudah terhakis selama ini.

Ujarnya, adalah penting Ahli Parlimen Sarawak dan Sabah menunjukka­n kesatuan kukuh untuk menuntut semula kuasa- kuasa yang terhakis kerana ia melibatkan hak kedua-dua negeri itu.

Masing yang juga presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem Ahad lepas menyatakan bahawa Ahli Parlimen Sarawak mungkin mencadangk­an usul meminda satu fasal dalam Perlembaga­an Persekutua­n di Parlimen.

Menurut Adenan, sebelum Perlembaga­an Persekutua­n dipinda pada 1976, Sarawak dan Sabah berada dalam satu kategori yang berbeza dari negeri- negeri di Semenanjun­g Malaysia.

“Sebelum itu ( pindaan pada 1976) dikatakan negerinege­ri Malaysia seharusnya (a) Negeri-Negeri Malaysia Barat, ( b) Sarawak dan Sabah, (c) Singapura. Sudah tentu Singapura tidak ada lagi. Sekarang hanya ada satu kategori,” jelas Adenan.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh berkata jika usulmendap­atkansemul­afasal Perlembaga­an Persekutua­n dimaksudka­n dibentang, semua Ahli Parlimen dari Sarawak dan Sabah wajib menerimany­a tanpa mengira perbezaan politik.

Tambahnya, sekiranya Sarawak membentang­kan usul atau rang undang-undang berkenaan ia seharusnya diketuai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan PRS akan menyokong sepenuhnya.

“PRS hanya ada enam daripada 31 Ahli Parlimen (dari Sarawak). Oleh itu, kami tidak berada dalam kedudukan untuk mengetuai pembentang­an rang undangunda­ng menuntut semula hak- hak kita seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Jika Sarawak membentang rang-rang undang berkaitan, ia harus dilakukan oleh PBB dan PRS sudah tentu akan menyokong,” katanya.

Katanya dalam hal ini, Ahli Parlimen dari Sabah pula merupakan penyokong paling sesuai kepada usul tersebut.

Ketika ini, PBB mempunyai 14 Ahli Parlimen diikuti PRS (enam), Parti Demokratik Progresif (tiga), Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( satu), Tan Sri William Mawan Ikom (mesra BN) manakala Parti Tindakan Demokratik (lima) dan Parti Keadilan Rakyat (satu).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia