Utusan Borneo (Sabah)

Watson Nyambek akhirnya miliki rumah sendiri

-

MIRI:Setelah tinggal bersama ibu mentuanya sejak 2010, bekas pelari pecut negara Watson Nyambek, 40, akhirnya memiliki rumah sendiri.

Ia diperoleh hasil bantuan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

“Pertama sekali saya mesti berterima kasih kepada ketua menteri kerana menepati janjinya selepas saya bertemu beliau awal tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Adenan telah bertanya kepadanya apa yang kerajaan negeri boleh membantu beliau bagi mengiktira­f sumbangann­ya kepada negeri dan negara.

“Saya beritahu beliau saya mahu rumah dan beliau berjanji akan melihat permohonan saya itu. Saya terkejut kerana tidak menjangka ia dipenuhi begitu cepat,” katanya.

Hasrat seterusnya bagi bapa tiga orang anak ini ialah untuk merayakan Krismas di rumah baharu itu.

Rumah teres setingkat itu terletak di Vista Perdana Fasa 2 Permyjaya.

“Saya tidak tahu lagi bila saya boleh pindah kerana rumah itu masih menunggu permit menduduki daripada pihak berkenaan, namun saya sudah teruja,” katanya.

Penyerahan kunci olok- olok rumah tersebut disaksikan Adenan serta Pengerusi Kumpulan Naim, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rumah itu atas sumbangan Kumpulan Syarikat Naim dan SPNB. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia