Utusan Borneo (Sabah)

Pemain pilihan Sabah/Labuan menang anugerah individu

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Empat pemain pasukan pilihan Sabah/ Labuan adalah antara penerima anugerah individu Karnival Kebangsaan Liga Akademi Tunas Zon (KKLATZ) 2016 di Gambang, Pahang pada 15-16 Oktober lalu.

Dua daripada pemain itu adalah penerima anugerah Penjaga Gol Terbaik iaitu Ibrahim Mustapha dalam kategori 12 tahun ke bawah dan Oscar O’Hara (11 tahun ke bawah). Kedua-dua pemain itu adalah dari Akademi Tunas (AT) Keningau.

Mohd Khairil dari AT Tawau pula menerima anugerah Pertahanan Terbaik kategori 12 tahun ke bawah manakala Mohd Saifuddin Abdullah menerima Anugerah Pemain Tengah Terbaik kategori 11 tahun ke bawah.

Dikatakan bahawa KKLATZ hanya menyediaka­n hadiah untuk anugerah individu manakala perlawanan­perlawanan yang diharungi lebih kepada memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain serta bagi menilai keberkesan­an penyampaia­n jurulatih di setiap AT.

Pasukan pilihan Sabah/ Labuan yang dibarisi pemain gabungan dari AT seluruh Sabah dan Labuan menyertai semua kategori iaitu 10, 11 dan 12 tahun ke bawah.

Bagaimanap­un, majoriti pemain pilihan Sabah/Labuan adalah dari AT Keningau selaku juara peringkat umur sama di karnival peringkat negeri.

Setiap pasukan pilihan Sabah/ Labuan bermain tiga perlawanan pada KKLATZ tetapi kesemuanya kalah dua perlawanan pertama.

Pasukan bawah 10 tahun kalah 3- 4 di tangan AT Seberang Prai Utara Pulau Pinang pada perlawanan pertama dan kalah 3-6 kepada AT Bandar Tun Razak KL pada perlawanan kedua.

Pasukan bawah 11 tahun pula kecundang 3-4 di tangan AT Kuala Muda/Yan Kedah pada perlawanan pertama dan tewas 0-4 di tangan AT Petaling Perdana Selangor pada perlawanan kedua.

Pasukan 12 tahun ke bawah turut mengalami nasib sama apabila tewas 1-2 di tangan AT Arau Perlis pada perlawanan pertama dan kalah 3-4 di tangan AT Sentul KL pada perlawanan kedua.

Selepas mengalami pengalaman tewas dua perlawanan pertama, ketigatiga pasukan pilihan Sabah/Labuan kemudianny­a menikmati pengalaman menang pada perlawanan terakhir di mana ketiga-tiganya menentang pasukan pilihan Sarawak.

Pasukan 10 tahun ke bawah menang 3-2 manakala pasukan 11 tahun ke bawah menang 3-0 dan pasukan 12 tahun ke bawah menang 4-2.

 ??  ?? PASUKAN 11 tahun.
PASUKAN 11 tahun.
 ??  ?? PASUKAN 10 tahun.
PASUKAN 10 tahun.
 ??  ?? PASUKAN 12 tahun.
PASUKAN 12 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia