Utusan Borneo (Sabah)

‘Lang Merah’

-

ALOR SETAR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) kelmarin melancarka­n Kad-i Debit Bank Islam Visa Kedah FA ‘Lang Merah’ sebagai inisiatif untuk menarik minat penyokong sukan bola sepak negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad Khairul Kamarudin berkata kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) itu dijalinkan selepas menyedari semangat penyokong Kedah terhadap pasukan Lang Merah.

“Kad Lang Merah ini melambangk­an sokongan padu penyokong kepada pasukan bola sepak Kedah yang mana royalti yang diperoleh daripada penghasila­n kad ini akan disumbangk­an kepada KFA.

Ini sekali gus dapat membantu menambah pendapatan persatuan dan dapat merancakka­n lagi pembanguna­n pasukan bola sepak ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kad- i Debit Bank Islam Visa Kedah FA Lang Merah di sini, kelmarin.

Majlis pelancaran kad itu telah disempurna­kan oleh Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar.

Khairul berkata ini merupakan usaha penjenamaa­n bersama yang keempat antara Bank Islam, Visa serta Persatuan Bolasepak iaitu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bolasepak Pahang(PFA).

“Penyokong Lang Merah akan menikmati pelbagai manfaat melalui perkhidmat­an kad tersebut dan sempena pelancaran ini kita turut memperkena­lkan kempen ‘Pulun Kedah Pulun’.

Melalui perbelanja­an runcit minimum berjumlah RM50 dalam setiap satu resit, pemegang kad secara automatik layak untuk memasuki kempen dan berpeluang memenangi hadiah utama berjumlah RM2,000,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembanguna­n Insan berkata kerjasama ini dapat membantu menyemarak­kan lagi pembanguna­n bola sepak Kedah.

“Jadi saya seru kepada semua penyokong Kedah untuk membuat kad Lang Merah ini bagi menunjukka­n sokongan padu kepada pemain dan pasukan bola sepak Kedah,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia