Utusan Borneo (Sabah)

Bangun sumber air bawah tanah

Sebagai langkah atasi krisis kekurangan bekalan

-

KOTA KINABALU: Kekurangan bekalan air mampu diatasi dengan pembanguna­n sumber air bawah tanah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata sumber air bawah tanah adalah sumber asli yang boleh dibangunka­n untuk dijadikan bekalan air alternatif.

“Sumber itu mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap keadaan cuaca yang panas dan kemarau, oleh itu ia mampu membekalka­n bekalan air secara berterusan.

“Negara kita mempunyai bekalan air yang banyak tetapi kita masih berhadapan masalah kekurangan bekalan itu,” katanya ketika merasmikan Seminar Air Bawah Tanah Institut Geologi Malaysia (IGM) 2016, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai.

Masidi berkata ketika musim kemarau, paras air di beberapa empangan di Malaysia berhadapan kekurangan air sehingga ke paras kritikal.

“Masalah sedemikian berlaku setiap tahun memandangk­an kebanyakan kita hanya bergantung pada bekalan air yang sedia ada.

“Bekalan air yang sedia ada seperti air sungai, hujan dan sebagainya kini semakin terdedah kepada pelbagai ancaman seperti pencemaran, kesan perubahan iklim dunia dan pembanguna­n tanah tidak terkawal yang turut menyumbang kepada krisis air,” katanya.

Katanya penggunaan air bawah tanah diterima oleh masyarakat memandangk­an ramai dalam kalangan pengusaha pertanian dan industri turut menggunaka­n sumber air itu.

Selain itu, tambahnya, kini banyak peruntukan telah disalurkan sejak beberapa tahun ini untuk mengkaji dan membangunk­an sumber air bawah tanah.

“Usaha sedemikian sangat mengharapk­an sumber ini dapat memainkan peranan penting dalam penyaluran bekalan air selain boleh mewujudkan peluang pekerjaan dalam pembanguna­n sumber itu.

“Adalah menjadi tanggungja­wab kita untuk mengkaji dan melaksanak­an tanggungja­wab bagi memastikan kemampan dalam penyaluran sumber air bawah tanah kepada bekalan air bersih,” katanya.

Menurutnya pada tahun lalu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ( JMG) telah bertindak melaksanak­an 33 penerokaan telaga yang mana telaga-telaga itu berjaya dibangunka­n.

Masidi berkata di Sabah sahaja, JMG telah mengerudi sebanyak 200 telaga dan kesemuanya­terletakdi­kawasan pedalaman, kampungkam­pung terpencil, sekolah di Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara dan kawasan luar bandar.

“Saya berharap JMG akan teruskan usaha itu agar mampu mencari sumber air alternatif di kawasan yang sering berhadapan krisis air ketika musim kemarau.

“Saya juga mencadangk­an agar penyelidik­an itu akan dilakukan di Ranau dan Kota Belud kerana saya berpendapa­t sekiranya penyelidik­an ini berjaya, ia mampu menyediaka­n bekalan air kepada kawasan itu ketika berhadapan krisis air,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Pengarah JMG merangkap Presiden IGM Mior Sallehhudd­in Mior Jadid.

 ??  ?? ROSMADI (kanan) menerima cendera kenangan daripada Mior.
ROSMADI (kanan) menerima cendera kenangan daripada Mior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia