Utusan Borneo (Sabah)

Tambah ilmu, pengalaman baharu

Program lawatan sambil belajar murid SK Sinar Jaya Kinabatang­an

-

P

ROGRAM melawat sambil belajar mampu memberi ilmu pengetahua­n dan pengalaman baharu kepada murid-murid untuk diaplikasi­kan dalam pembelajar­an mereka.

Itulah yang hendak diterapkan oleh guruguru yang membawa seramai 13 murid Tahun 6, diiringi 15 guru SK Sinar Jaya Kinabatang­an ketika mengadakan program berkenaan di Dairy Farm (Desa Cattle) Mesilou Kundasang, baru-baru ini.

Rombongan diketuai Penolong Kanan Pentadbira­n (PK 1) Rosmina Tanki dengan Penyelaras Program Zurizan Zakaria.

Zurizan ketika ditemui memberitah­u program yang julungkali diadakan itu merupakan antara aktiviti pengisian selepas muridmurid terlibat mengikuti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bagi memberi pengalaman baharu kepada mereka.

Menurutnya program sumpamanya memberi pendedahan tentang keunikan budaya masyarakat yang dilawati sekaligus membolehka­n murid-murid mengetahui dan menghayati peninggala­n sejarah, termasuk budaya dan pembanguna­n negara.

“Ia juga memberi pendedahan tentang bidang kerjaya yang pelbagai sebagai panduan masa hadapan,” katanya.

Antara destinasi yang dilawati ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua Pekan Kundasang, Tagal Kg Luanti Baru, Ladang Sabah Teh, Kolam Air Panas Poring dan Tapak Warisan Dunia Taman Kinabalu, selain panorama tanaman sayuran segar tanah tinggi Kundasang.

“Selaras dengan hasrat negara, maka program ini adalah unruk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah melalui aktiviti lawatan sambil belajar.

“Ia memberi keyakinan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat,” katanya sambil menambah, lawatan itu adalah satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada peserta untuk meneroka masa hadapan yang lebih cerah.

 ?? (gambar atas) (gambar kiri). ?? Oleh JAINUDIN NASIR ROMBONGAN semasa melawat War Memorial Kundasang dan Dairy Farm Mesilou SEBAHAGIAN guru SK Sinar Jaya Kinabatang­an yang menyertai rombongan.
(gambar atas) (gambar kiri). Oleh JAINUDIN NASIR ROMBONGAN semasa melawat War Memorial Kundasang dan Dairy Farm Mesilou SEBAHAGIAN guru SK Sinar Jaya Kinabatang­an yang menyertai rombongan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia