Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan kewibawaan, integriti dalam melaksanak­an tugas

-

KAKITANGAN

Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) termasuk jabatan dan agensi di dibawahnya diminta supaya sentiasa berwibawa dan mempunyai integriti dalam menjalanka­n tugas mereka sejajar dengan slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’.

Ingatan itu dikeluarka­n oleh Menteri berkenaan, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor dalam ucapannya di Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) KKTP di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Beliau menekankan bahawa kecemerlan­gan sesuatu organisasi bergantung kepada modal insan yang produktif, berilmu, kompeten dan profession­al serta berintegri­ti. Pembanguna­n keperibadi­an dan karakter modal insan yang dapat bekerja secara berpasukan amat penting dalam kita memajukan organisasi kita, tambahnya.

“Justeru, saya berharap agar kes rasuah yang heboh di sebuah jabatan di bawah Kementeria­n yang lain tidak akan berlaku di KKTP,” tegasnya.

Sementara itu, Hajiji menyatakan bahawa 2015 dan 2016 merupakan tahun kecemerlan­gan bagi KKTP kerana peningkata­n jumlah jabatan/agensi dibawahnya yang telah menerima pengiktira­fan bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan tetapi bahkan antarabang­sa.

“Pada tahun 2015, sebanyak 7 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menerima Anugerah Indeks Akauntabil­iti Pengurusan Kewangan.

“Mereka ialah Majlis Derah Keningau, Beaufort, Kota Marudu, Penampang, Sipitang, dan Tambunan serta Majlis Perbandara­n Tawau dan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW).

“Majlis Daerah Keningau merupakan agensi yang mendapat markah tertinggi di peringkat Kebangsaan dengan memperoleh­i 98.34%,” ujarnya.

Menteri itu menambah bahawa pada tahun 2016 JPBW bersama World Wildlife Fund (WWF) Malaysia dan Pejabat Daerah Semporna telah dianugerah­kan ‘The Internatio­nal Planning

Excellent Award’ oleh The Royal Town Planning Institute, London ke atas projek ‘Semporna Marine Spatial Plan’.

“Anugerah ini merupakan pengiktira­fan ke atas keupayaan dan kepakaran Kerajaan Sabah dalam bidang perancanga­n bandar yang yang berteraska­n kemampuan, mesra alam, berdaya saing dan berdaya huni,” katanya.

Hajiji meneruskan bahawa semua PBT Sabah pada tahun ini akan melaksanak­an sistem pembayaran e-Payment mulai Oktober dengan kerjasama pihak CIMB mengadakan kempen kesedaran dan penggunaan JomPay selama 6 bulan kepada semua rakyat Sabah khususnya pemilik rumah dan perniagaan di kawasan perkadaran masing-masing.

“Perlaksaan e-Payment oleh semua PBT Sabah merupakan pencapaian yang memberansa­ngkan kerana Sabah menjadi model atau negeri pertama di peringkat kebangsaan di mana semua PBT nya telah memenuhi arahan Jabatan Kerajaan Tempatan, Malaysia agar melaksanak­an sistem ePayment ini.

“Bukan itu sahaja, Majlis Perbandara­n Tawau telah menerima Anugerah Pelaksanaa­n CIMB Plug & Pay Terbaik di peringkat Kebangsaan Tahun 2016 manakala Majlis Perbandara­n Sandakan menerima Anugerah Pelaksanaa­n e-Payment Terbaik di peringkat Negeri Sabah Tahun 2016,” tambah beliau.

Hadir di majlis itu ialah Pembantu-Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Zakara Hj Mohd Edris; serta Pengerusi Penganjur, Encik Rayman Loudrize yang mewakili Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Ginun Yangus.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Mohammad Hj Alamin dan Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Banar Sabah (LPPB), Datuk Hj Ahmad Hj Bujang; serta Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sabah, Datuk Josie Bosie.

 ??  ?? PEGAWAI Pentadbir KKTP, Puan Sarinah Said (tengah) menerima Anugerah Pekerja Contoh daripada Hajiji Noor. Turut kelihatan dari kiri; Rayman Loudrize, Ahmad Bujang, dan Zakaria Edris.
PEGAWAI Pentadbir KKTP, Puan Sarinah Said (tengah) menerima Anugerah Pekerja Contoh daripada Hajiji Noor. Turut kelihatan dari kiri; Rayman Loudrize, Ahmad Bujang, dan Zakaria Edris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia