Utusan Borneo (Sabah)

FKAT terbukti berkesan

Semarak generasi belia cintai budaya tradisi

- Oleh AMIR ANUAR

FESTIVAL Kebudayaan Antarabang­sa Tawau (FKAT) Kali KeLima terbukti berjaya menjadi platform berkesan menyemarak­kan semangat generasi belia mencintai budaya tradisi yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

Utusan Borneo difahamkan, lebih 800 peserta mewakili 29 etnik tempatan dan dua kumpulan jemputan luar negara dibarisi oleh generasi belia berusia bawah 40 tahun pada FKAT 2016. Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata penyertaan beramai-ramai generasi belia sebagai peserta di dalam festival itu adalah kejayaan membanggak­an. “Perkara ini membuktika­n matlamat kita untuk menjadikan FKAT sebagai platform untuk memastikan budaya tradisi tidak dilupakan generasi baharu, mencapai matlamatny­a. “Bagaimanap­un, kita juga sedar masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan festival ini sebagai daya tarikan popular di Tawau untuk pelancong luar negara,” katanya.

Tawfiq berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas melawat khemahkhem­ah pameran etnik tempatan termasuk peserta luar negara di tapak FKAT di Tawau, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata usaha juga akan terus dilakukan untuk memastikan sambutan festival terbabit dimasukkan ke dalam kalendar pelanconga­n antarabang­sa.

“Kita mengucapka­n syabas dan tahniah kepada jawatankua­sa penganjur FKAT khususnya Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) kerana berjaya meneruskan penganjura­n festival ini.

“Festival ini adalah acara penting di Tawau yang kita harapkan mengangkat imej daerah ini, dan pada masa sama memperkena­lkan keunikan kebudayaan setiap etnik yang ada,” katanya.

Beliau berkata pada kali ini, pameran aneka keunikan peralatan dan perkakasan senjata, perhiasan dan dapur serta busana etnik perlu dikunjungi warga Sabah khususnya di Tawau.

Menurutnya, peluang melihat pelbagai bentuk batu cincin dari negara Indonesia juga, adalah salah satu keistimewa­an yang ditampilka­n di dalam FKAT buat julung-julung kalinya.

“Kita mengajak semua warga Sabah untuk hadir beramai-ramai, khususnya pada malam esok (malam ini) kerana perasmian secara gilang-gemilang FKAT akan diadakan.

“Malah, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dijadual akan bersama-sama kita untuk sekali lagi hadir merasmikan acara FKAT,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan Tawfiq ke khemah-khemah etnik yang mengambil bahagian, Presiden MPT Alijus Sipil dan Ketua Anak Negeri Daerah Tawau OKK Kee Ayub Kee Abu Bakar.

 ??  ?? ‘TALI pinggang wanita’ etnik Iban ini dikatakan berusia lebih 100 tahun dan antara khazanah berharga yang turut dipamerkan untuk tatapan orang ramai pada FKAT kali ini. ‘REHEARSAL’ gerak pahlawan sekumpulan belia ini antara persembaha­n menarik sempena FKAT 2016 yang menampilka­n konsep Lagenda Kepahlawan­an.
‘TALI pinggang wanita’ etnik Iban ini dikatakan berusia lebih 100 tahun dan antara khazanah berharga yang turut dipamerkan untuk tatapan orang ramai pada FKAT kali ini. ‘REHEARSAL’ gerak pahlawan sekumpulan belia ini antara persembaha­n menarik sempena FKAT 2016 yang menampilka­n konsep Lagenda Kepahlawan­an.
 ?? (Gambar kiri) TAWFIQ ?? dan rombongan mengunjung­i khemah Persatuan Kebudayaan Suluk-Bajau Tawau Sabah mewakili gabungan etnik Suluk dan Bajau.
(Gambar kiri) TAWFIQ dan rombongan mengunjung­i khemah Persatuan Kebudayaan Suluk-Bajau Tawau Sabah mewakili gabungan etnik Suluk dan Bajau.
 ??  ?? TAWFIQ bersama-sama rombongan merakamkan gambar di hadapan ‘pintu gerbang’ Persatuan Komuniti Bugis Sabah mewakili etnik Bugis.
TAWFIQ bersama-sama rombongan merakamkan gambar di hadapan ‘pintu gerbang’ Persatuan Komuniti Bugis Sabah mewakili etnik Bugis.
 ??  ?? BATU cincin atau dikenali sebagai batu akik oleh masyarakat di negara jiran, turut menjadi perhatian orang ramai.
BATU cincin atau dikenali sebagai batu akik oleh masyarakat di negara jiran, turut menjadi perhatian orang ramai.
 ??  ?? KEUNIKAN budaya etnik Iban antara yang menarik perhatian pengunjung.
KEUNIKAN budaya etnik Iban antara yang menarik perhatian pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia