Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2017 bukan sembang ‘ kedai kopi’: Datuk Othman Aziz

-

ALOR SETAR: Semua inisiatif yang dibentangk­an dalam Bajet 2017 akan dilaksanak­an kerajaan dan bukan sekadar sembang ‘kedai kopi’, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz.

Othman berkata dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kerajaan tidak mampu untuk melaksanak­an Bajet 2017 berikutan negara akan bankrap adalah tidak benar.

“Saya ingin tegaskan, apa yang dibentangk­an dalam Parlimen semalam akan dilaksanak­an kerajaan setelah semua aspek diteliti.

“Apa yang dibentangk­an sudah masuk Parlimen dan rakyat Malaysia turut sama mendengar pembentang­an tersebut, jadi kalau tidak dilaksanak­an ia akan menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkut­an Jalan (SKSJ) di sini, kelmarin.

Tambahnya lagi, apa yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menunjukka­n keprihatin­an kerajaan terhadap rakyat dan negara.

Sementara itu, Othman menolak dakwaan bahawa Kedah tidak menerima apa-apa peruntukan dalam pembentang­an Bajet 2017.

“Dakwaan itu tidak benar kerana Kedah ada menerima peruntukan tetapi tidak diumumkan secara terbuka kerana ia akan disalurkan melalui kementeria­n-kementeria­n.

“Maklumat terperinci mengenai bajet akan dikupas dalam tempoh seminggu ini cuma kita tidak tahu kecil atau besar peruntukan yang kita akan dapat,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata MADA menyambut baik keputusan kerajaan memperuntu­kkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi, baja padi dan termasuk padi bukit.

“Industri padi negara sememangny­a memerlukan subsidi dan apabila dikekalkan ia menunjukka­n bahawa kerajaan sangat mementingk­an industri padi yang menjadi jaminan bekalan makanan negara,” katanya.--

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia