Utusan Borneo (Sabah)

Seragamkan segera harga barangan

Untuk kurangkan beban kewangan rakyat di Sabah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Ketua Pegawai Publisiti Parti Liberal Demokratik (LDP), Albert Kok menggesa Kerajaan Persekutua­n untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n penyeragam­an harga di Sabah dan Semenanjun­g untuk mengurangk­an beban kewangan rakyat berikutan kenaikan harga minyak masak dan petrol.

Albert berkata, harga barangan di Sabah sentiasa lebih tinggi daripada di Semenanjun­g.

“Produk seperti barangan keperluan harian, pakaian dan makanan lebih mahal di Sabah berbanding di Semenanjun­g Malaysia atau Kuala Lumpur, yang menyumbang kepada kos sara hidup yang tinggi di sini,” katanya.

Beliau berkata harga barangan di Sabah tidak sepatutnya datang pada harga yang lebih tinggi daripada Semenanjun­g kerana gaji penduduk di negeri ini adalah lebih rendah daripada penduduk di Semenanjun­g.

“Malah gaji minimum di Sabah adalah sedikit lebih rendah daripada Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Oleh itu, katanya, Kerajaan Persekutua­n perlu menyeragam­kan harga barangan di Sabah dan Semenanjun­g secepat mungkin untuk meringanka­n beban kewangan rakyat negeri ini.

“Ia tidak boleh diterima bahawa kita mempunyai dua harga bagi barangan yang sama di negara ini, dan rakyat Sabah terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.”

Beliau menegaskan bahawa banyak produk mempunyai harga berlainan di Sabah dan Semenanjun­g, di mana rakyat Sabah dan Sarawak membayar lima hingga 10 peratus lebih.

“Penduduk Sabah jelas dibuli di sini. Kerajaan mempunyai tanggungja­wab untuk membetulka­n isu ini dengan segera. “Beliau berkata, penduduk Sabah telah lama bertahan dengan layanan yang tidak sama rata selama ini. Sebagai contoh, kenderaan buatan tempatan adalah RM 2000 hingga RM 3000 lebih mahal di Sabah.

“Walaupun perbezaan harga adalah kerana kos logistik, pengeluar sepatutnya menyerap kos dan bukannya menyerahka­nnya kepada pengguna di Sabah,” katanya.

Albert berkata, Kerajaan Persekutua­n boleh menggubal dasar untuk menguatkua­sakan penyeragam­an harga di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengembali­kan semula hak-hak Sabah.

“Oleh kerana Kerajaan Persekutua­n telah memutuskan gaji minimum yang lebih rendah bagi Sabah, ia bermakna bahawa kerajaan juga bersetuju bahawa kos sara hidup di Sabah dan Sarawak tidak boleh lebih tinggi daripada di Semenanjun­g.

“Oleh itu, harga barangan di Sabah dan Sarawak harus lebih rendah sesuai dengan gaji minimum,” katanya.

 ??  ?? ALBERT KOK
ALBERT KOK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia