Utusan Borneo (Sabah)

Astro Ceria memeriahka­n ulangtahun ke-10 dengan sajian istimewa cuti sekolah

-

SALURAN yang didedikasi­kan khas untuk kanak-kanak, bakal memeriahka­n ulangtahun­nya yang ke-sepuluh dengan pelbagai sajian. Diperkenal­kan pada tahun 2006, Astro Ceria merupakan saluran televisyen pertama di Malaysia yang menyediaka­n rancangan khas untuk kanak-kanak berumur antara 4 – 14 tahun. Dengan slogan ‘Untuk Kita Aje!’, Astro Ceria telah berjaya memikat lebih dari 11 juta penonton.

Sebagai tanda terima kasih dan bersempena dengan sambutan ulangtahun Astro Ceria yang ke-sepuluh, pelbagai aktiviti dan rancangan menarik telah disusun khas untuk tontonan anak-anak sewaktu musim cuti sekolah yang bakal bermula pada akhir bulan November ini.

Pengurus Saluran Astro Ceria, Marissa Hanafi berkata, “Hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah buat kami kerana berpeluang menyambut ulangtahun ke-10 Astro Ceria bersama anda semua.”

“Sebagai tanda terima kasih kepada penonton setia Astro Ceria, gembira untuk kami kongsi di sini bahawa musim terbaru siri animasi Jepun, ‘Doraemon’ dan ‘Ultraman’ yang tidak pernah disiarkan di mana-mana stesen TV tempatan, kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran Astro Ceria. Menerusi slot ‘Kimchi Ceria’, program-program popular Korea seperti ‘Tobot’, ‘Robocar Poli’, ‘Super Wings’, dan ‘Boing the Play Ranger’, akan ditayangka­n. Manakala, slot ‘Panggung Ceria’ pula, memuatkan kompilasi siri-siri dan telefilem tempatan seperti ‘Cicakman’ dan ‘Super Game Boy’. Pada minggu ke-empat cuti sekolah, kami akan menghimpun­kan program-program terbaik Astro Ceria, termasuk rancangan ‘Tom Tom Bak’ yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi.”

Slot ‘Sushi Ceria’ pula bakal menyiarkan sirisiri popular dari negara Jepun, yang tidak pernah ditayangka­n di mana-mana stesen TV tempatan sebelum ini. Program-program ini boleh ditonton di saluran Astro Ceria seperti siri terkini ‘Ultraman Ginga S2’, ‘Ultraman X’, ‘Gundam Build Fighters’ secara eksklusif, juga dengan siri terkini ‘Doraemon’ dan banyak lagi.

Untuk membawa penonton menyorot kembali memori indah Astro Ceria, minggu ke-empat cuti sekolah didedikasi­kan untuk tayangan program-program terbaik Astro Ceria yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi seperti ‘Tom Tom Bak’ dan banyak lagi.

“Dalam pada itu, kami turut mengalu-alukan kedatangan semua ke ‘Sambutan Astro Ceria Kini 10 Tahun’ yang akan diadakan bersama dengan Sambutan Ulangtahun Astro ke-20 pada 20 November ini di taman tema Sunway Lagoon.” jelas Marissa lagi.

Bagi mereka yang bakal hadir di ‘Sambutan Astro Ceria Kini 10 Tahun’ di taman tema Sunway Lagoon, Astro Ceria turut mengundang barisan artis dan selebriti popular tanah air termasuk Mark Adam, Nabil, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Shahrol Shiro, PU Yeop, Mia Sara, Amira Othman, Aniq, Kashika, Wafiy, Erissa dan ramai lagi untuk membuat kemunculan istimewa dan beramah mesra dengan para peminat. Lebih menarik, Astro Ceria akan turut menampilka­n maskot-maskot istimewa seperti Didi & Friends, Ultraman, Robocar Poli, Tobot, Boing the Play Ranger dan banyak lagi.

Antara aktiviti-aktiviti tambahan lain yang disediakan bersempena dengan sambutan ulangtahun Astro Ceria yang ke-10 ini ialah ‘Mini Karnival Didi & Friends’ di Center Atrium Alamanda, Putrajaya pada 23 hingga 27 November 2016 dari jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Selain booth karaoke Didi & Friends, pengunjung juga boleh beramah mesra dengan maskot Didi & Friends seperti Didi, Jojo, Nana yang akan menemui adik-adik semua di sana.

Selain dari itu, istimewa untuk pelanggan NJOI pula, mereka boleh melanggan pakej pra-bayar Astro Ceria untuk tempoh 30 hari mulai 1 – 30 November 2016 hanya dengan harga RM21.20 (termasuk GST) dan akan mendapat akses kepada saluran Astro TVIQ selama 7 hari (secara berperingk­at selepas 15 Disember 2016).

 ??  ?? MARISSA HANAFI... Pengurus Astro Ceria.
MARISSA HANAFI... Pengurus Astro Ceria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia