Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Api Batu Tinagat kini berusia 100 tahun

Tertua di tanah besar Sabah kini berusia 100 tahun

- Oleh AMIR ANUAR

TAHUN 2016 menyaksika­n saat bersejarah untuk rumah api tertua di tanah besar Sabah iaitu Rumah Api Batu Tinagat yang didirikan pada 1916 kerana kini mencapai usia 100 tahun.

Rumah Api Batu Tinagat terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Tawau dan sudah tidak aktif beroperasi kerana fungsinya diganti dengan menara rumah api baharu, yang turut berada di lokasi sama.

Berdasarka­n rekod Jabatan Laut Malaysia, terdapat 43 rumah api di Malaysia dan 22 daripadany­a termasuk Rumah Api Tinagat dikendalik­an Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.

Mengikut catatan sejarah, Rumah Api Batu Tinagat didirikan pada era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mentadbir Borneo Utara atau kini dikenali sebagai Sabah (1888-1942).

Penolong Pengarah Pejabat Laut Cawangan Tawau Aventinus Adam Chan @ Alvin berkata usaha membina komponen rumah api itu dijalankan di Birmingham, United Kingdom.

“Komponen-komponen Rumah Api Batu Tinagat ini dihasilkan oleh Chance Brothers and Co. Limited Lighthouse Engineers and Constructo­rs pada 1915 sebelum dibawa ke Sabah.

“Usaha mendirikan­nya di Bukit Batu Tinagat berhadapan Laut Sulu dan Teluk Cowie pula dilaksanak­an pada 1916 sebagai panduan kapalkapal yang belayar masuk ke Pelabuhan Tawau.

“Pada masa itu juga, rumah api ini dijadikan sebagai pandu arah kapal-kapal stim yang membawa arang batu dari Silimpopon Tawau ke pelabuhan-pelabuhan di negeri ini,” katanya.

Aventinus berkata struktur Rumah Api Batu Tinagat mengalami kerosakan akibat ‘dihujani peluru’ dari pesawat tempur atau kapal perang semasa Perang Dunia Kedua tercetus.

Namun, wujud dua pendapat berhubung perkara ini kerana ada yang mendakwa kesan tembakan terbabit dilepaskan dari pesawat tentera Jepun dan pendapat lain, dari pesawat tentera British.

“Akibat kejadian itu, rumah api ini terpaksa dibaiki melibatkan kos sebanyak $80, 595 dan ditubuhkan semula pada 28 Januari 1951 selepas kerja-kerja membaik-pulih selesai dijalankan.

“Antara struktur yang dibaiki adalah kubah rumah api, struktur besi rumah api, peralatan lampu dan tiga buah rumah untuk kemudahan penjaga rumah api selain tangki air,” katanya.

Menyingkap struktur Rumah Api Batu Tinagat pula, ketinggian momunen ini adalah setinggi 9.2 meter dan mencapai jarak penglihata­n pancaran lampu sejauh 25 batu nautika.

Pada awal kewujudann­ya (1916), rumah api ini menggunaka­n minyak tanah (kerosene) sebagai bahan pembakar untuk mendapatka­n sumber cahaya lampunya, sebelum dinaiktara­f pada 1999.

Seterusnya, sumber cahaya Rumah Api Batu Tinagat beralih kepada penggunaan solar panel dan mula menggunaka­n lampu Pharos Marine PRB 24 Reflector

Array – Rotating Beacon.

Sehinggala­h pada 2008, rumah api ini berhenti beroperasi dan diganti dengan Rumah Api Batu Tinagat yang baharu berketingg­ian 30 meter dan diperbuat daripada Hot Dipped Galvanized.

Fakta lain, terdapat 260 anak tangga yang dibina pada 1997 menghubung­kan kawasan kaki bukit dengan lokasi Rumah Api Batu Tinagat ini yang berpotensi menjadi tarikan pelanconga­n.

Menyedari nilai sejarahnya yang tinggi, usaha sedang giat dijalankan untuk memastikan Rumah Api Batu Tinagat ini dapat diwartakan sebagai salah satu Warisan Budaya Negeri Sabah.

Khabar menggembir­akan diterima apabila Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah mengenalpa­sti rumah api ini untuk diwartakan sebagai Warisan Budaya.

Malah, Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) menerusi Majlis Jawatankua­sa Pelanconga­n Daerah Tawau juga percaya rumah api ini adalah salah satu tempat yang berpotensi untuk dimajukan.

Sudah pasti masa hadapan Rumah Api Batu Tinagat selaku destinasi pelanconga­n akan semakin terjaga sekiranya urusan mewartakan monumen bersejarah ini sebagai Warisan Budaya, dicapai.

Khasnya melalui Enakmen Warisan Budaya (Pemulihara­an) 1997 supaya dijaga, dipulihara dan diselengga­rakan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah

dengan kerjasama Jabatan Muzium Negeri Sabah.

Tujuan pewartaan ini dilihat amat penting demi memastikan rumah api ini dapat dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang selain menjadikan­nya sebagai tarikan pelanconga­n popular.

Malah, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah turut memiliki perancanga­n jangka panjang untuk memastikan Rumah Api Batu Tinagat ini lebih mesra pengunjung berbanding status semasanya.

Ketika ini, rumah api ini hanya dapat dikunjungi oleh orang awam pada masa tertentu sahaja dan perlu mendapatka­n kebenaran bertulis daripada Pejabat Laut Cawangan Tawau terlebih dahulu.

Aspek keselamata­n menjadi faktor utama bilangan dan masa lawatan diterhadka­n ke rumah api itu, lagipun kedudukann­ya yang turut berhampira­n pusat kawalan Angkatan Tugas Bersama II.

Komuniti Discover Tawau atau Persatuan Pencinta Warisan Sejarah Tawau (Pewaris Tawau) antara badan bukan kerajaan yang berusaha tampil menyelamat­kan khazanah berharga ini.

Pada 16 September 2012, Discover Tawau mengadakan gotong-royong membersihk­an persekitar­an Rumah Api Batu Tinagat dengan kerjasama Pejabat Laut Cawangan Tawau. Program gotong-royong

serupa diadakan sekali lagi pada 17 September 2013 oleh keduadua pihak terlibat dan peluang turut dibuka kepada orang awam mengunjung­i rumah api terbabit.

Rentetan daripada usaha awal yang dijalankan itu, hari ini iaitu pada 26 September 2016, majlis ulangtahun ke-100 Rumah Api Batu Tinagat diadakan Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah.

Menariknya, pada kali ini Jabatan Laut turut mengundang pelbagai pihak untuk tampil berkolabor­asi menganjurk­an hari bersejarah terbabit, selain Discover Tawau.

Antaranya, MPT, Jabatan Muzium Negeri Sabah, Jabatan Penerangan, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Tawau, Rela, Kelab Radio Amatur Tawau,

Persatuan Hainan Tawau dan MyTawau.

Usaha berterusan tanpa jemu memelihara dan memulihara struktur Rumah Api Batu Tinagat, membayangk­an potensi warisan sejarah ini sebagai produk pelanconga­n untuk Daerah Tawau.

Seperti yang pernah dinyatakan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Apas Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan sebelum ini;

“Saya yakin peninggala­n Rumah Api Batu Tinagat ini adalah peluang untuk kita menarik pelancong datang ke Tawau dan mengenali sejarah silam yang pernah berlaku di daerah ini.

“Rumah api ini juga boleh menjadi pencetus semangat untuk generasi muda lebih menghargai nikmat kemerdekaa­n dan mempertaha­nkan tanahair khususnya saat melihat kesankesan tembakan di struktur ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PANORAMA alam yang dapat disaksikan di sekitar kawasan Rumah Api Batu Tinagat.
PANORAMA alam yang dapat disaksikan di sekitar kawasan Rumah Api Batu Tinagat.
 ??  ??
 ??  ?? MENARA Rumah Api Batu Tinagat ini yang berketingg­ian 30 meter menggantik­an peranan Rumah Api Batu Tinagat semenjak 2008.
MENARA Rumah Api Batu Tinagat ini yang berketingg­ian 30 meter menggantik­an peranan Rumah Api Batu Tinagat semenjak 2008.
 ??  ??
 ??  ?? FOTO lama Rumah Api Batu Tinagat yang diabadikan dalam bentuk poskad. Kesan tembakan dapat dilihat jelas. (Sumber: Michel/ www.flickr.com/)
FOTO lama Rumah Api Batu Tinagat yang diabadikan dalam bentuk poskad. Kesan tembakan dapat dilihat jelas. (Sumber: Michel/ www.flickr.com/)
 ??  ?? LAUT Sulu dan Teluk Cowie terhampar luas di hadapan Rumah Api Batu Tinagat.
LAUT Sulu dan Teluk Cowie terhampar luas di hadapan Rumah Api Batu Tinagat.
 ??  ?? ALVIN (tengah) percaya usaha mewartakan Rumah Api Batu Tinagat amat penting untuk memastikan­nya dapat terus dipertahan­kan. Turut kelihatan Pengerusi Pewaris Tawau Azlan Lauddin Martin (kanan).
ALVIN (tengah) percaya usaha mewartakan Rumah Api Batu Tinagat amat penting untuk memastikan­nya dapat terus dipertahan­kan. Turut kelihatan Pengerusi Pewaris Tawau Azlan Lauddin Martin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia