Utusan Borneo (Sabah)

Stor penyimpana­n minyak, dua kenderaan musnah terbakar

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Selain stor penyimpana­n minyak petrol, dua kenderaan termasuk kereta pacuan empat roda musnah keseluruha­n dalam kebakaran di Kampung Rampaian Laut di sini pagi kelmarin.

Ketua Pusat Gerakan Operasi ( PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata kejadian kira- kira jam 9.15 pagi itu memusnahka­n stor penyimpana­n jenis tidak kekal serta dua kereta masing-masing jenis Isuzu Dmax dan Proton Saga.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.20 pagi dan menggegask­an tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Kota Belud untuk menjalanka­n operasi pemadaman di lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi jam 9.41 pagi, kebakaran sudah memusnahka­n sebahagian besar kawasan stor berkeluasa­n 20X30 kaki persegi dan kita hanya melakukan operasi bagi mengelakka­n api merebak ke kawasan sekitar.

“Operasi tamat jam 10.20 pagi dan tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpa­sti punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Sementara itu, enam mangsa cedera dalam pertembung­an dua kereta di Jalan Lama Kampung Lakut Papar kira-kira jam 10.15 pagi kelmarin.

Affendy berkata tujuh anggota BBP Papar tiba di lokasi kejadian jam 10.27 pagi selepas menerima panggilan kecemasan jam 10.21 pagi.

Katanya, kejadian membabitka­n dua kenderaan jenis Nissan Vanette dan Perodua Axia.

“Sebaik tiba kita melakuka operasi mengeluark­an mangsa yang tersepit dikedua-dua kenderaan.

“Dua mangsa di dalam kereta Nissan Vanette mengalami kecederaan parah termasuk pemandu yang berumur 52 tahun patah di bahagian kaki manakala tiga penumpang lain yang berumur setahun hingga 55 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu Perodua Axia yang berumur 50 tahun pula hanya mengalami kecederaan ringan dan semua mangsa dihantar ke hospital menggunaka­n kenderaan awam dan ambulans bagi mendapatka­n rawatan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata operasi keseluruha­n tamat jam 11.11 pagi kemudian.

 ??  ?? ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran stor penyimpana­n minyak petrol dan dua kenderaan di Kampung Rampaian Laut di sini, pagi kelmarin.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran stor penyimpana­n minyak petrol dan dua kenderaan di Kampung Rampaian Laut di sini, pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia