Utusan Borneo (Sabah)

M’sia mahu penganiaya­an Rohingya dihentikan segera

-

PUTRAJAYA: Malaysia kelmarin menggesa Myanmar menghentik­an segera penganiaya­an ke atas masyarakat Rohingya di utara Rakhine, sambil menyifatka­n ia turut menjejaska­n keselamata­n dan kedudukan Malaysia yang berjiran dengan Myanmar dalam Asean.

Kementeria­n Luar berkata krisis kemanusiaa­n itu bukan lagi isu dalaman tetapi antarabang­sa, dan ia perlu diselesaik­an bagi menjamin kestabilan dan keselamata­n di wilayah Asia Tenggara.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n kelmarin, kementeria­n itu berkata Malaysia menyifatka­n penganiaya­an itu sebagai ‘ melibatkan kemanusiaa­n sejagat’ dan bukan isu keagamaan.

“Hakikat bahawa hanya satu etnik sahaja yang dihalau keluar boleh didefinisi­kan sebagai pembersiha­n etnik,” katanya.

Kementeria­n itu berkata jumlah etnik Rohingya yang besar di Malaysia, kira-kira 56,000, di bawah panji Pesuruhjay­a Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), serta beratus ribu lagi di negara jiran lain, menjadikan­nya bukan lagi isu dalaman malah ia adalah isu antarabang­sa.

“Malaysia tidak perlu mengingatk­an jurucakap pejabat presiden Myanmar U Zaw Htay mengenai krisis ‘ orang hanyut 2015 yang kemudianny­a menjadi isu serantau apabila negara jiran Myanmar mengambil alih beban itu.

“Dengan mengambil kira perkara ini di dalam fikiran, Malaysia berulangka­li menawarkan bantuan kepada kerajaan Myanmar untuk mencari penyelesai­an yang adil dan segera dengan penganiaya­an ke atas masyarakat Rohingya di utara Rakhine,” katanya.

Menurut kementeria­n itu, sebagai negara jiran dan ahli yang bertanggun­gjawab dalam komuniti antarabang­sa, Malaysia mempunyai tanggungja­wab bagi memastikan rakan- rakan anggota Asean mengambil langkah proaktif bagi memastikan perkara itu tidak berlanjuta­n.

Malaysia menyedari tentang prinsip asal Asean diwujudkan, sebagai negara anggota pengasas bagi pertubuhan serantau itu, menurut kenyataan itu sambil menambah pada 2008, kesemua 10 negara anggota Asean bersetuju menjadikan Piagam Asean, yang mengikat mereka kepada prinsip antarabang­sa mengenai perlindung­an dan mempromosi hak asasi manusia. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia