Utusan Borneo (Sabah)

200 peserta sertai kayuhan berbasikal, sebar mesej anti rasuah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kirakira 200 perserta menyertai acara Kayuhan Anti Rasuah bagi menyebarka­n mesej anti rasuah di dalam negara.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Sabah Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap berkata, program berkenaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat adalah bagi menyatukan mereka dalam memerangi rasuah.

“Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabang­sa kali ini bertemakan Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah yang menyasarka­n semua lapisan masyarakat di negara ini untuk bersatu dalam memerangi rasuah di negara yang tercinta ini.

“Selain itu, program seumpama ini melahirkan masyarakat mempunyai jati diri yang unggul, berintegra­si dan siap siaga menjadi pemimpin pelapis masyarakat akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Kayuhan Berbasikal Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabang­sa Peringkat Negeri Sabah 2016 yang diadakan di perkaranga­an Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kelmarin.

Sementara itu, pada program Kayuhan Anti Rasuah, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah mengetuai Flag Off acara kayuhan berkenaan.

Kayuhan berkenaan melibatkan jarak sejauh 15 kilometer ( km) melalui jalan DBKK, Jalan Tugu, Laiman Diki, Tunku Abdul Rahman, Jalan Tuaran, Masjid Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, KK By Pass, dan kembali ke perkaranga­n DBKK.

Edward juga merangkap Menteri Yang Bertanggun­gjawab Kepada DBKK berpendapa­t penyebaran mesej anti rasuah melalui program- program riadah dan bersukan adalah satu langkah bijak dan tepat pada masanya.

“Memandangk­an aktiviti ini telah menjadi satu budaya hidup sihat di negara kita, kita bukan sahaja bersukan malah menyebarka­n mesej yang amat penting untuk meningkatk­an kesedaran anti rasuah dalam kalangan masyarakat kita.

“Hari anti rasuah ini bukanlah hari yang diraikan oleh SPRM semata- mata, malah ianya adalah hari yang mana seluruh masyarakat dunia menyatakan komitmen dan sokongan dalam menyebarlu­askan mesej anti rasuah sebagai isyarat kepada pelaku-pelaku rasuah untuk menghentik­an perlakuan jenayah yang jijik ini,” katanya ketika berucap merasmikan program kayuhan anti rasuah berkenaan.

Jelasnya, kesan rasuah berkenaan amat dahsyat hingga membawa kepada keruntuhan dan kesejahter­aan negara.

“Iaadalahse­pertimanas­ejarah terdahulu memperliha­tkan tamadun-tamadun hebat telah lenyap akibat aktiviti rasuah.

“Daripada itu, bagi memastikan negara kita terus maju dan sejahtera, saya menyeru kepada segenap lapisan masyarakat agar terus berganding bahu bersamasam­a dalam membantera­s gejala rasuah di Sabah yang kita sayangi ini.

“Semoga dengan adanya aktiviti kayuhan berbasikal seumpama ini dapat mendidik masyarakat kita untuk hidup lebih sihat dan cergas tanpa rasuah,” tambahnya.

 ?? Flag Off ?? EDWARD melancarka­n kayuhan anti rasuah sempena Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat negeri Sabah.
Flag Off EDWARD melancarka­n kayuhan anti rasuah sempena Hari Anti Rasuah Antarabang­sa peringkat negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia