Utusan Borneo (Sabah)

Tanam pokok bakau untuk masa depan

Acara tahunan IJM Give Day Out (GDO) edisi keenam

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 110 orang kakitangan IJM berjaya menanam sebanyak 1,000 anak pokok bakau di Tandawan, Hutan Simpan Elopura dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Perhutanan Sabah, cawangan Sandakan kelmarin.

Tapak penanaman pokok bakau ini merupakan kawasan yang telah dicerobohi dan pemulihara­an perlu dilakukan bagi mengelakka­n hakisan tebing sekaligus memperting­katkan ekosistem bakau di kawasan ini.

Selain penting kepada ekosistem, hutan bakau juga merupakan habitat kepada pelbagai jenis perikanan.

Aktiviti IJM Give Day Out ( GDO) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh IJM Group sejak tahun 2010.

Ia diadakan pada setiap minggu pertama bulan Disember bertujuan menggalakk­an penglibata­n kakitangan IJM secara sukarela dalam menyumbang kembali kepada komuniti. Tema GDO tahun lalu iaitu

‘ Play A Playground’ telah melihat sukarelawa­n IJM berjaya memberi wajah baharu pada taman permainan, Datuk Chong Tain Vun Memorial Park yang terletak di Trig Hill, Sandakan.

Kemudahan taman permainan juga dipulihkan dan ditambahba­ik dengan cat yang baharu.

Kerjasama antara IJM dan Jabatan Perhutanan Sabah melalui aktiviti GDO pada kali ini dengan tema ‘ Fun

with Nature’ merupakan titik permulaan bagi program penanaman pokok bakau selama dua tahun.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Plantation­s Berhad Joseph Tek, pihaknya ingin menyampaik­an mesej kepada semua kakitangan IJM bahawa semangat sukarelawa­n adalah sebahagian daripada budaya IJM.

“Kami sangat gembira melihat kakitangan IJM boleh menyumbang kepada alam sekitar.Ia juga memberi peluang kepada masyarakat di bandar untuk lebih menghargai alam semulajadi serta memperting­katkan lagi semangat kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan kakitangan IJM,” katanya.

Joseph berkata selain aktiviti penanaman pokok dan inisiatif pemulihara­n lain, IJM Group juga memberi tumpuan pada program pendekatan komuniti yang lain termasukla­h pembanguna­n sukan belia melalui sukan ragbi, kesedaran kesihatan payudara dan mempromosi­kan warisan budaya.

 ??  ?? KAKITANGAN IJM merakam gambar kenangan selepas acara menanam anak pokok bakau di Tandawan, Hutan Simpan Elopura kelmarin.
KAKITANGAN IJM merakam gambar kenangan selepas acara menanam anak pokok bakau di Tandawan, Hutan Simpan Elopura kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia