Utusan Borneo (Sabah)

Enam lelaki ditangkap polis dalam operasi cegah jenayah

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Enam lelaki termasuk dua rakyat asing ditangkap polis dalam operasi cegah jenayah di kawasan Tanjong Kapor di sini pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah, Superinten­den Douglas Nyeging Taong memberitah­u sidang media pada Jumaat berkata, suspek berumur 21 dan 54 tahun.

Katanya, pada 30 November jam lebih kurang 3 pagi hingga 5 pagi dua pasukan polis diketuai oleh pengadu, Inspektor Ganesh A/L Arumugam dan Inspektor Mohamad Riduan Sani telah menjalanka­n operasi cegah jenayah di kawasan Kampung Tanjung Kapor di sini.

Hasil pemeriksaa­n telah menangkap empat lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dan dua lelaki tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua suspek di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil siasatan didapati empat suspek lelaki positif dadah jenis Syabu melalui saringan awal ujian air kencing dan dua lelaki lagi tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka direman untuk siasatan di bawah Seksyen 15( 1)( a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6(1)(c) Akta Immigresen 1959.

“Seramai 56 orang telah ditangkap berkaitan kes penyalahgu­naan dadah di daerah ini sejak 23 September sehinggala­h 30 November,” katanya.

Sementara itu, dalam satu kes lagi, seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan Kampung Tanjung Kapor di sini.

Katanya, pada 24 November jam lebih kurang 7 malam bertempat di rumah sewa pengadu yang juga seorang pegawai polis berumur 40 tahun menyedari pintu utama rumah terbuka dan setelah membuat pemeriksaa­n mendapati beg sandang jenama Arrow miliknya yang mengandung­i dompet berisi kad pengenalan, kad kuasa polis, kad ATM bank, wang sejumlah RM300 dan kunci kereta yang disimpan dalam bilik tingkat atas rumah sewanya telah hilang disyaki dicuri dan membuat laporan polis.

Pada hari yang sama jam lebih kurang 11.50 malam sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kudat diketuai oleh Inspektor Mohd Hilmi Ismail membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung Tanjung Kapor dan hasil serbuan telah menahan dan menangkap suspek serta merampas barang-barang yang disyaki diperolehi melaui kegiatan pecah rumah.

Katanya, suspek ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DOUGLAS ( tiga kanan) dan pegawai-pegawainya menunjukka­n barangbara­ng yang dirampas daripada suspek pecah rumah.
DOUGLAS ( tiga kanan) dan pegawai-pegawainya menunjukka­n barangbara­ng yang dirampas daripada suspek pecah rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia