Utusan Borneo (Sabah)

Warga emas maut dilanggar semasa melintas jalan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang warga emas wanita maut dilanggar sebuah kenderaan semasa melintas jalan di Jalan Lintas berdekatan Kompleks Radio Televiisye­n Malaysia (RTM) di sini awal pagi kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Augusta Lojikim ( gambar

kecil), 76, warga tempatan berasal dari Kampung Kepayan Jalan Botung Penampang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisiten Komisioner M Chandra berkata kejadian kirakira jam 6 pagi kelmarin berlaku apabila mangsa dalam perjalanan untuk melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta Perodua Viva.

“Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun dalam perjalanan menuju ke Manggatal dari arah Kepayan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati melintas jalan dari arah kanan jalan secara tiba-tiba menyebabka­n pemandu segera menekan brek kereta bagi mengelak daripada melanggar mangsa.

“Disebabkan jarak kereta yang terlalu dekat pada masa kejadian, mangsa bagaimanap­un dilanggar oleh kereta terbabit,” katanya.

Chandra berkata impak kemalangan menyebabka­n mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan kecemasan yang tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudianny­a dihantar ke Hospital Queen Elizabeth ( HQE) untuk tindakan selanjutny­a,” katanya sambil menambah pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kemalangan disebabkan kecuaian mangsa yang cuai semasa melintas jalan.

Menurutnya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia