Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Seri Mengasih sasar kutipan RM200 ribu pada Heroes Run 2017

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pusat Seri Mengasih yang menjadi penganjur utama Larian Amal

‘Heroes Run’ mensasarka­n kutipan RM200 ribu melalui pelaksanaa­n program itu tahun depan.

Pengerusi Penganjur Moses Chiun berkata, penetapan sasaran itu adalah bersangkut­an dengan jumlah kutipan sebelum ini (tahun ini) yang mencapai RM100 ribu melalui tajaan dan pendaftara­n peserta.

“Kita berharap agar dapat meningkatk­an kutipan berbanding sebelumnya di samping menyasarka­n peserta seramai 2,000 pada larian kali ini yang diadakan 9 April tahun depan.

“Kali ini juga kita membuat pembaharua­n dengan menyediaka­n dua pakej iaitu larian 10 kilometer (km) bagi kategori individu, manakala pakej 3km bagi kategori keluarga,” katanya ketika ditemui pada Program Amal ‘Food Fair 2016’ di sini kelmarin.

Moses berkata, larian amal berkenaan akan bermula di Maktab Nasional Taman Kingfisher, Jalan Sulaman dan berakhir di tempat yang sama.

Katanya, pendaftara­n sudah terbuka dengan yuran bernilai RM80, RM90 ( pendaftara­n saat akhir), RM50 (pelajar), manakala pakej keluarga bernilai RM60.

Katanya lagi, orang ramai yang melakukan pembayaran awal sehingga 4 Disember (hari ini) hanya perlu membayar RM60,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pusat Seri Mengasih Monica Chua berkata, penganjura­n pesta makanan yang berlangsun­g kelmarin adalah acara dwitahunan yang dilaksanak­an oleh mereka.

Katanya, bagi kali ini sebanyak 25 gerai dibuka terdiri dari 15 Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasukla­h beberapa persatuan sekitar bandaraya ini.

“Penganjura­n kali ini adalah kali terakhir diadakan di sini memandangk­an kami akan membuat persediaan untuk berpindah ke tapak yang baharu di kawasan Sulaman pada April 2018 kelak.

“Sambutan yang menggalakk­an amatlah kami hargai dan berharap agar kerjasama dan bantuan yang diberikan akan berterusan bagi membantu individu yang memerlukan,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? BARANGAN basah seperti sayur dan buah- buahan turut dijual pada program berkenaan.
BARANGAN basah seperti sayur dan buah- buahan turut dijual pada program berkenaan.
 ??  ?? MONICA
MONICA
 ??  ?? (Gambar atas) KEPERLUAN harian seperti baju dan lain-lain turut dijual dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung yang hadir. (Gambar kanan) MONICA (empat, kiri) merakam gambar kenangan bersama alumni ST Francis Convent yang turut sama menjalani...
(Gambar atas) KEPERLUAN harian seperti baju dan lain-lain turut dijual dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung yang hadir. (Gambar kanan) MONICA (empat, kiri) merakam gambar kenangan bersama alumni ST Francis Convent yang turut sama menjalani...
 ??  ?? ANTARA badan NGO yang turut sama membuka gerai sempena program amal berkenaan.
ANTARA badan NGO yang turut sama membuka gerai sempena program amal berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia