Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan kerajaan perlu mempunyai sikap integriti yang tinggi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kakitangan Kerajaan perlu mempunyai sikap integriti yang tinggi agar mampu bekerja ke arah yang lebih cemerlang tanpa merosakan imej di agensi tempat bekerja masingmasi­ng.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat ( KPSKTM) Datuk Siringan Gubat berkata, integriti mampu membentuk warga kerja memiliki tingkah laku yang baik. Kelemahan integriti akan menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan.

“Integriti juga mempengaru­hi kejayaan emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan. Kejayaan emosi adalah pengaruh untuk menjadi gembira, puas hati atau tenang dan juga pengaruh risau, cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas hati.

“Kejayaan kerjaya dan kewangan secara umumnya adalah keupayaan mengawal kebiasaan perbelanja­an dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan dan kerjaya seseorang.

“Warga kerja yang berkualiti tinggi merupakan aset utama kejayaan sesebuah organisasi,” katanya ketika di majlis makan malam KPSKTM di sini malam Jumaat lalu.

Beliau berkata, agensi Kerajaan sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari dalam mahupun luar persekitar­an dan ancaman itu boleh menjejaska­n prestasi, produktivi­ti serta masa hadapan sesebuah agensi.

Katanya, kebelakang­an ini, ancaman ke atas agensi kerajaan berpunca daripada individuin­dividu dalam agensi itu sendiri yang seterusnya melibatkan warga kerja yang lain sehingga merosakkan imej agensi berkenaan.

Menurutnya, ancaman seumpamany­a ada hubungkait dengan isu etika dan integriti daripada kakitangan itu sendiri.

“Saya berharap pada tahun 2017, kita akan melipat gandakan usaha untuk melaksanak­an pelbagai program berjiwa rakyat.

“Saya turut mengharapk­an kerjasama erat dan kerja berpasukan di antara semua agensi berterusan bagi memastikan agenda untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat dilaksanak­an dalam sebuah kesepakata­n di bawah Kementeria­n ini,” katanya.

 ??  ?? SIRINGAN (tiga kanan) menyempurn­akan acara memotong kek ketika di majlis itu.
SIRINGAN (tiga kanan) menyempurn­akan acara memotong kek ketika di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia