Utusan Borneo (Sabah)

Motac lancar Kempen Menyelam ‘End in Sipadan’

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Seiring dengan usaha menjenamak­an semula Sabah sebagai destinasi selaman terbaik dunia, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) mengambil inisiatif melancarka­n Kempen Menyelam ‘End in Sipadan’ di sini pada Jumaat.

Pengarah Pejabat Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, langkah itu juga dilihat akan membantu memperkuku­hkan imej Sipadan sebagai destinasi selaman bertaraf dunia dan sebagai salah satu daripada ‘10 Destinasi Selaman Terbaik Di Dunia.’

Katanya, dengan penyertaan media dalam mempromosi­kan kempen yang ini, ia akan membantu mempromosi­kan Sabah sebagai destinasi pilihan penyelam.

Ini antara usaha kementeria­n dalam menarik lebih ramai penyelam tempatan dan asing untuk meneroka destinasi selaman terbaik di Sabah.

Menurutnya, penyelam mampu meneroka semua destinasi selaman yang terdapat di negeri ini dan akhiri pengembara­an di Sipadan, Semporna, yang mana, ia di pilih sebagai destinasi utama dalam program ini.

Ahmad Zaki turut memberi jaminan bahawa penyelam akan berada di ‘dunia yang berbeza’ di dasar laut yan ada di Sabah. Di samping itu, penyelam juga berpeluang menikmati keindahan semulajadi dan pengembara­an yang menarik.

“Sediakan alat selam anda dan terokai khazanah marin yang kaya di negeri seperti terumbu karang, penyu dan pelbagai spesis marin di Kudat, Lahad Datu dan juga di Pulau Sipadan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia