Utusan Borneo (Sabah)

Rubin gesa kerajaan segera selesaikan beberapa isu

Bagi menjamin kemenangan Umno pada PRU akan datang

-

KUALA LUMPUR : Ketua Bahagian Umno Tenom, Datuk Rubin Balang menggesa kerajaan untuk segera menyelesai­kan beberapa isu berhubung pembanguna­n di daerah Tenom.

Menurutnya, permasalah­an ini perlu ditangani secepat mungkin bagi menjamin kemenangan Umno serta Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Jelasnya lagi, rakyat khususnya di kawasannya secara dasarnya merupakan penyokong kuat Umno namun sekiranya beberapa isu yang diabngkitk­an tidak diselesaik­an segera ia dikhuatiri akan menimbulka­n persepsi negatif terhadap kerajaan serta parti.

Katanya, situasi membabitka­n masalah jalan perhubunga­n, bekalan air dan sekolah- sekolah daif dalam kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kemabong itu kemungkina­n akan menjejaska­n peluang Umno/ BN pada PRU14.

“Kita memang siap siaga hadapi PRU14, namun jika masalah ini tidak segera diselesaik­an, saya khuatir kemungkina­n rakyat di kawasan ini akan menolak Umno,” katanya ketika ditemui pemberita sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2016, di sini.

Rubin yang juga Adun Kemabong berkata, sudah tiba masanya kerajaan mendengar keluhan rakyat di kawasan itu bagi membalas jasa mereka yang menyokong Umno sejak sekian lama.

“Tidak ada maknanya jika Umno mahu sokongan rakyat tetapi tidak mahu menolong rakyat selepas beroleh kemenangan... ini tidak adil..kalau Umno minta tolong rakyat, Umno juga kena tolong rakyat kembali..baru seimbang.

“Pendirian Umno Bahagian Tenom sejak dari awal menyokong penuh kepimpinan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, termasuk mendokong perjuangan Umno,” katanya.

Bagaimanap­un beliau berkata, situasi terkini menunjukka­n rakyat tidak berpuashat­i dengan kerajaan berikutan masalah berkenaan yang menjejaska­n aktiviti harian penduduk khususnya murid-murid sekolah.

“Sesiapa saja jadi calon yang dipilih walaupun popular dan mempunyai kredibilit­i tidak akan menjamin kemenangan parti ini pada PRU14 sekiranya masalah insfrastru­ktur ini tidak ditangani sebaiknya,” tegasnya.

 ??  ?? KENANGAN: Ketua-ketua Puteri Umno merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena...
KENANGAN: Ketua-ketua Puteri Umno merakamkan gambar kenangan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena...
 ??  ?? RUBIN
RUBIN
 ??  ?? Oleh KENNEDDY CORLLEUS
Oleh KENNEDDY CORLLEUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia