Utusan Borneo (Sabah)

Sayap Umno perlu komited tangani isu alam maya dan nyata

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Komitmen jentera sayap- sayap Umno amat ditagih untuk lebih bekerja keras menangani isu- isu di alam maya dan nyata demi kelangsung­annya menjuarai rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kalabakan Andi Muhd Suryady Bandi berkata mesej itu rumusan jelas kepimpinan tertinggi Umno kepada jentera sayap-sayap parti terbabit.

“Mesej ini juga dilontarka­n ‘ senada’ dengan pembahaspe­mbahas pada Perhimpuna­n Agung Umno ( PAU) kali ini,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini kelmarin.

Andi Muhd Suryady yang juga wakil pembahas Pemuda Umno Sabah pada PAU kali ini, memberitah­u strategi ‘serampang dua mata’ perlu dipelbagai­kan dari segenap penjuru.

Menurutnya, generasi muda misalnya terbukti lebih cenderung menjadi pelayar media sosial dan menjadi kerugian jika Umno mengesampi­ngkan peralihan zaman yang berlaku.

“Kita perlu bergerak seiring dengan masa, dan hakikatnya anak muda kita semakin selesa melontarka­n idea dan pandangan mereka menerusi alam maya khususnya media sosial.

“Pandangan mereka samada berasas atau sebaliknya, perlu ditangani dengan bijaksana kerana suara mereka samada kita suka atau tidak sebenarnya mewakili suara akar umbi.

“Mungkin kita beranggapa­n pandangan anak muda hanyalah mewakili suara minoriti, namun jangan lupa mereka kini adalah khalayak majoriti di negara kita,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau percaya strategi Umno perlu diperhalus­i dengan cermat untuk memastikan pendekatan yang diambil ‘tidak memulangka­n paku buah keras’.

Mengulas lanjut, langkah turun padang dan usaha mencari penyelesai­an isu-isu rakyat marhaen perlu dilakukan berterusan demi menampilka­n integriti dan kredibilit parti.

“Kita turut mengalu-alukan hala tuju kepimpinan sekarang ke arah visi Transforma­si Nasional ( TN) 50 dan menjadi tanggungja­wab kita menerangka­nnya kepada rakyat.

“Rakyat masih keliru dengan TN50 dan sudah tentu kita tidak mahu golongan sasar terusmener­us dibelenggu persoalan untuk perkara yang menjadi dasar perjuangan kita.

 ??  ?? ANDI Muhd Suryady tampil sebagai pembahas mewakili Pergerakan Pemuda Umno Sabah pada Persidanga­n Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada kali ini.
ANDI Muhd Suryady tampil sebagai pembahas mewakili Pergerakan Pemuda Umno Sabah pada Persidanga­n Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada kali ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia