Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan Umno siap sedia hadapi PRU

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR : Kepimpinan Umno di Sabah sudah siap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke- 14 dan masing- masing yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sokongan rakyat.

Malah, semboyan dibunyikan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyampaik­an amanat di Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2016 akan turut dijadikan azimat bagi memastikan Umno kekal peneraju negara.

Ketua Bahagian Umno Beluran, Datuk James Ratib yakin rakyat di kawasannya akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Umno sebagai parti kerajaan.

Beliau berkata, banyak pembanguna­n membabitka­n insfrastuk­tur dan prasarana asas luar bandar sudah disediakan kerajaan demi kesejahter­aan rakyat di kawasan Beluran.

“Sebelum ini, masyarakat di sini mengalami banyak kesukaran khususnya untuk mengangkut hasil pertanian yang merupakan aktiviti utama di kawasan ini berikutan jalan perhubunga­n yang sebahagian besarnya melalui sungai.

“Harga barangan juga mahal berikutan ketiadaan jalan perhubunga­n sempurna hingga memaksa harga bagi kos pengangkut­an dinaikkan, namun semua berubah apabila kerajaan yang prihatin membawa banyak pembanguna­n insfrastru­ktur di kawasan ini.

“Justeru, saya percaya rakyat di kawasan ini akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Umno pada PRU-14 nanti,” katanya ketika ditemui pemberita sempena PAU 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kudat, Datuk Bolkiah Ismail yakin kawasan itu akan terus menjadi kubu kuat Umno hasil persediaan rapi yang sudah dilaksanak­an pihaknya bagi menghadapi PRU14.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pitas berkata, jentera pilihanray­a membabitka­n jawatan kuasa Pusat Dewan Mengundi (PDM) dan ‘War Room’ juga sudah digerakkan sejak setahun lagi.

“Langkah seterusnya, kita akan mengadakan perbincang­an dengan rakan komponen BN lainnya di kawasan ini bagi merangka strategi yang baik dalam menghadapi PRU- 14,” katanya.

 ??  ?? BOLKIAH
BOLKIAH
 ??  ?? JAMES
JAMES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia