Utusan Borneo (Sabah)

Setiap ahli perlu hayati elemen wala’ : Mohamad

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA LUMPUR : Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyeru setiap ahli Umno untuk menghayati elemen wala’ iaitu taat setia kepada pemimpin dan perjuangan parti.

Beliau berkata, dasar ditekankan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpuna­n Agung Umno ( PAU) kali ini amat penting kerana ia adalah kunci kekuatan Umno.

“Semboyan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ( PRU) ke- 14 sudah dibunyikan Presiden yang juga Perdana Menteri dan kunci kepada kemenangan kita adalah sikap wala’ iaitu kesetian tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan.

“Pada masa sama, kita terjemahka­n ketaatan ini dalam gerak kerja kita di semua peringkat bagi memastikan momentum kemenangan besar pada PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

Bercakap mengenai persediaan menghadapi PRU14, Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Bongawan berkata, pihaknya sudah pun menggerak semua jentera sejak sekian lama.

Katanya, usaha sepanjang masa yang dilaksanak­an semua ahli di semua peringkat itu termasuk turun padang bertemu dan menyelesai­kan masalah dihadapi rakyat di akar umbi.

“Di bawah Ketua Umno Bahagian Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman, kita sentiasa bersiap sedia sepanjang masa melalui gerak kerja sistematik yang dilaksanak­an secara berterusan oleh ahli Umno di semua peringkat.

“Melalui inisiatif ini, kita dapat kenal pasti apa isu-isu yang perlu diselesaik­an dan ini adalah cara kita bekerja sejak dari dulu hingga menjadikan kerusi Parlimen dan Dun di kawasan ini kubu kuat Umno,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD
MOHAMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia