Utusan Borneo (Sabah)

Pedofilia: Puteri Umno cadang kerajaan perketat undang-undang

-

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno menyaranka­n kerajaan mengkaji semula Seksyen 377E Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mempengaru­hi kanak- kanak di bawah 14 tahun melakukan perbuatan kelucahan melampau, dengan menaikkan had umur mangsa sehingga 17 tahun.

Anggota perwakilan­nya Norrulhuda Marsidin berkata statistik menunjukka­n hampir 80 peratus kes rogol yang dilaporkan di negara ini melibatkan kenalan menerusi Internet dan majoriti mangsa berusia di bawah 18 tahun.

Beliau yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Labis, Johor berkata gaya hidup masa kini, dengan kanak- kanak terdedah kepada pelbagai aplikasi mudah alih seperti ‘WeChat’ memberi peluang kepada pedofil untuk mudah berhubung terus dengan kanak-kanak.

“Masalah ini bukan sahaja menyumbang kepada peningkata­n kadar jenayah seperti rogol, tetapi juga masalah moral yang lain seperti lari dari rumah dan kelahiran anak luar nikah.

“Malah, ada juga mangsa yang tidak merasakan bahawa diri mereka adalah mangsa, sebaliknya menganggap perbuat anyang dilakukan tidak salah dan menyeronok­kan. Akibatnya akan ada kitaran pedofilia dan ketagihan seks jangka panjang,” katanya semasa membahaska­n usul agama dan pendidikan pada Perhimpuna­n Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n undang-undang khusus diwujudkan bagi jenayah pornografi kanakkanak untuk membendung gejala itu daripada terus berleluasa.

Norrulhuda juga mencadangk­an Kementeria­n Pendidikan supaya melaksanak­an pendidikan seksual seawal prasekolah dan menyesuaik­an kurikulum pembelajar­an mengikut perkembang­an awal kanakkanak sehingga remaja bagi memberi pengajaran kepada generasi muda mengenai perkara yang terjadi di sekeliling mereka.

Dalam pada itu, beliau meminta supaya kursus pengurusan kewangan diperkenal­kan di peringkat sekolah bagi memberi pendedahan dan literasi kewangan kepada generasi akan datang dengan realiti kehidupan bagi mengelakka­n kes-kes tekanan mental yang semakin membimbang­kan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia