Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Agung Umno 2016 Kamarlin gesa ahli Umno perhebatka­n gerakan

Turun padang dengar denyut nadi rakyat

-

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Bahagian Umno Sipitang, Datuk Kamarlin Ombi menggesa ahli-ahli Umno di kawasan untuk memperheba­tkan lagi gerakan bagi mendekati rakyat memandangk­an Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak telah memberikan isyarat untuk memulakan perjuangan.

Justeru beliau meminta seluruh ahli Umno termasuk sayap-sayap parti di peringkat akar umbi untuk turun padang bertemu rakyat termasuk mendengar denyut nadi seluruh lapisan masyarakat.

“Presiden telah membunyika­n semboyan, maka itu kita harus mempersiap­kan jentera di kawasan termasukla­h di peringkat cawangan bagi memastikan kita mampu menghadapi pelbagai bentuk cabaran.

“Ayuh kita gandakan usaha kita mendekati rakyat bagi mendengar denyut nadi mereka sekaligus membantu golongan yang memerlukan pembelaan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

Dalam pada itu, Kamarlin yang juga Pembantu Menteri Pelanconga­n Kebudayaan Dan Alam Sekitar turut menggesa seluruh ahli Umno di kawasan untuk memberikan kesetiaan yang padu kepada parti Umno.

Beliau juga meminta setiap ahli untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi Perhubunga­n Umno Negeri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

“Kita perlu menunjukka­n kesetiaan kita terhadap parti bagi memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memilih kita dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, “katanya.

 ??  ?? KAMARLIN
KAMARLIN
 ??  ?? Ole KENNEDDY CORLLEUS
Ole KENNEDDY CORLLEUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia