Utusan Borneo (Sabah)

Luaskan Program Permata Pintar demi manfaat pelajar berbakat: Mahasiswa

-

KUALA LUMPUR: Program Permata Pintar perlu diperluask­an bagi memberi lebih ramai pelajar berbakat khususnya daripada kaum Melayu dan kurang berkemampu­an, mendapat pendidikan bertaraf tinggi.

Wakil Mahasiswa Nasional Muhammad Nur Sadiqin Mohd Khusni, yang juga alumni pertama Permata Pintar, berkata sukatan pelajaran program itu nyata berbeza daripada sekolah lamanya.

“Kami diajar dengan silibus pertama universiti seperti kalkulus dan statistik seawal usia 17 tahun serta didedahkan dengan penguasaan bahasa asing seperti Jepun dan Perancis sebagai persediaan melanjutka­n pelajaran ke luar,” katanya.

Program Permata Pintar, yang diilhamkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, bermula pada 2007 dengan memperkena­lkan tujuh cabang pengkhusus­an termasuk Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan Permata Kurnia.

Pelajar tahun akhir Fakulti Undang- Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga menunjukka­n kemahirann­ya berbahasa Jepun semasa membahaska­n usul agama dan pendidikan pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kelmarin.

Muhammad Nur Sadiqin, 21, berkata pemahaman silap mengenai Permata Pintar menyebabka­n ramai beranggapa­n program itu hanya berkaitan pendidikan awal kanakkanak sehinggaka­n menjadi ‘peluru’ pembangkan­g pada pembentang­an bajet setiap tahun.

“Sedangkan, program ini ternyata berjaya melahirkan generasi muda yang mampu menggugat pasaran kerja serta bersaing dengan kanakkanak pintar dari negara luar di peringkat global,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, beliau mewakili negara dalam bidang sains dan robotik pada usia 16 tahun manakala rakan alumninya, Elena Zafrul dari Johor, yang melanjutka­n pengajian dalam jurusan Matematik di University of Iowa, memperoleh keputusan 3.8 Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA).

Beliau turut berkongsi tentang rakan baiknya Amirul Fitri Zainol Abidin,yang kini di tahun akhir John Hopkins University, yang merupakan antara tiga penuntut terbaik universiti itu dalam jurusan Matematik dengan memperoleh CGPA3.7.

“Mereka ini adalah anak Melayu. Hampir 90 peratus daripada pesertaPro­gram Permata Pintar adalah anak-anak Melayu. Bayangkan berapa ramai insancerdi­k pandai yang berpotensi menyumbang kepada negara jika diberikan peluang dan platform sewajarnya,” katanya.

Selain itu, Muhammad Nur Sadiqin berharap jurang infrastrut­ur sekolah terutamany­a di kawasan pendalaman dapat diperbaiki bagi memastikan persekitar­an yang kondusif dan selesa untuk pelajar.

Mengenai penglibata­n mahasiswa dengan kegiatan keganasan, beliau berkata anak muda mudah terpengaru­h dengan propaganda di laman sosial dan video menggunaka­n teknologi tinggi oleh pihak terlibat.

“Mereka menggunaka­n teknologi untuk menarik minat anak muda kerana anak muda tidak mempunyai rekod jenayah dengan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM) dan akhirnya dijadikan sebagai boneka,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia