Utusan Borneo (Sabah)

Biro Antarabang­sa dan IPT kunjung hormat Menteri Luar

-

KUALA LUMPUR: Sepanjang Perhimpuna­n Agung Umno 2016 pelbagai ragam, coretan dan aktiviti telah dirakam. Antaranya adalah Biro Antarabang­sa dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Puteri Umno Sabah telah mengadakan kunjung hormat kepada Menteri Luar, Datuk Seri Panglima Anifah Aman di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (pwtc) kelmarin.

Kunjungan itu diketuai oleh Ketua Puteri Umno Sepanggar Fadilah Sarbi yang juga Pengerusi Biro Antarabang­sa dan IPT Pergerakan Puteri Umno Sabah dan Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Mohd Dani yang juga Timbalan Pengerusi Biro Antarabang­sa IPT Sabah.

Kedua-dua mereka juga merupakan ahli jawatankua­sa Biro Antarabang­sa dan IPT Pergerakan Puteri Umno Malaysia.

Dalam pertemuan dengan Anifah, Fadilah memberitah­u antara isu yang dibincangk­an adalah peranan wanita muda dalam ASEAN dan antarabang­sa serta isu semasa ASEAN termasuk Rohingya.

Turut disentuh mengenai perkongsia­n Peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean.

Dalam pertemuan turut dihadiri Adun Bongawan, Datuk Mohamad Alamin Ketua Wanita Kimanis Surayah Ibrahim dan Ketua Puteri Umno Kimanis Saudah Sarzaman.

 ??  ?? ANIFAH merakamkan gambar kenangan bersama Fadilah, Hazulizah, Saudah, Surayah dan Mohamad Alamin di Bangunan PWTC KL.
ANIFAH merakamkan gambar kenangan bersama Fadilah, Hazulizah, Saudah, Surayah dan Mohamad Alamin di Bangunan PWTC KL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia