Utusan Borneo (Sabah)

Bantu keperluan Bank Darah QEH

BCCM Donggongon dan PBSM Penampang anjur kempen derma darah

- Oleh ALFRED PETRUS

PENAMPANG: Gereja Kristian Basel Malaysia ( BCCM) Cawangan Donggongon dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia Penampang menganjurk­an kempen derma darah.

Pengerusi Jawatankua­sa Penganjur Vincent Ho Yin Kiat berkata, kempen berkenaan dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan darah di Bank Darah Hospital Queen Elizabeth (QEH) dan Hospital Kudat.

“Disebabkan pihak penganjur memandang berat berkenaan kekurangan darah di Bank Darah Sabah, kami menganjurk­an kempen ini untuk memenuhi keperluan yang mendadak ini.

“BCCM Donggongon komited untuk menganjurk­an kempen menderma darah sebanyak dua kali setahun dan tahun ini tidak dikecualik­an.

“Ia adalah bagi membantu pesakit yang betul- betul memerlukan darah, “katanya ketika berucap pada kempen berkenaan di sini kelmarin.

Jelasnya, melalui tema Derma Darah dan Selamatkan Nyawa, mereka berharap agar dapat mengumpulk­an kira-kira lebih daripada 120 pain darah pada kempen berkenaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemaju- pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah ( Shareda) Datuk Francis Goh berkata, kempen derma darah itu adalah satu aktiviti yang amat baik untuk membantu masyarakat terutamany­a kepada pesakit- pesakit yang memerlukan darah.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kinsabina Sdn Bhd Datuk Francis Goh mengingatk­an kepada orang ramai untuk turut serta dalam apa sahaja kempen seumpama itu.

“Orang awam perlu mula mendermaka­n darah kepada mereka yang memerlukan kerana suatu hari nanti kemungkina­n besar kita juga memerlukan bantuan orang

 ??  ?? FRANCIS (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang penderma darah yang hadir pada kempen berkenaan.
FRANCIS (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang penderma darah yang hadir pada kempen berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia