Utusan Borneo (Sabah)

PBRS terus menarik ahli baharu

- AZIZ Oleh JOHAN

KENINGAU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup pada Jumaat menerima 400 ahli baharu dari Kampung Damai Ria Sook sebagai ahli dalam PBRS.

Katanya, ahli-ahli baru sebelum ini belum mempunyai keahlian dalam mana-mana parti dan ramai yang belum mendaftar sebagai pengundi.

“Sekarang mereka telah menyertai sebagai ahli-ahli PBRS dan mereka juga telah mendaftar sebagai pengundi dan telah berikrar untuk mengundi mana-mana calon yang dicalonkan dari PBRS untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang,” katanya dalam kenyataann­ya di sini kelmarin.

Arthur berkata ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengukuhka­n parti sebagai komitmen kepada kerajaan BN.

Pada hari yang sama Arthur turut menganjurk­an program Gotong- Royong Perdana untuk masyarakat di sini membina sebuah gelanggang bola tampar.

Ini dilaksanak­an dengan kerjasama oleh pelbagai lapisan masyarakat di mana hampir 500 ahliahli masyarakat setempat mengambil bahagian dalam program tersebut.

Berikutan sambutan yang amat menggalakk­an daripada masyarakat, pembinaan gelanggang itu dapat selesai dalam satu hari sahaja.

Arthur amat gembira dengan penyertaan daripada masyarakat setempat di mana mereka telah memilih untuk menjadi ahli PBRS untuk menyokong Kerajaan BN.

Katanya, kebanyakan ahliahli baru adalah belia yang menyokong kepimpinan PBRS dan kerajaan BN dan telah berikrar kesetiaan untuk mengundi untuk caloncalon daripada PBRS untuk BN pada PRU ke-14 akan datang.

“PBRS kini mempunyai 125 cawangan dengan lebih 12,500 ahli di kawasan Dewan Undangan Negeri Sook.

“Dalam proses persempada­nan baru-baru ini oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) telah mencadangk­an untuk memecahkan kawasan ini kepada dua iaitu N.44 Tulid dan N.45 Sook.

“Walaupun dengan persempada­nan kawasan baru ini PBRS masih kekal sebagai parti yang mempunyai bilangan cawangan dan ahli yang paling ramai di keduadua kawasanTul­id dan Sook,” katanya.

Arthur berkata, ini menjadikan PBRS parti yang paling sesuai untuk meletakkan calon bagi keduadua kawasan tersebut sebagai calon boleh menang untuk memenangi kedua-dua kerusi ini untuk BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia