Utusan Borneo (Sabah)

Peranan KRT diakui Wujudkan keharmonia­n dan keselamata­n komuniti setempat

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK : Peranan Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) dalam mewujudkan keharmonia­n dan semangat kejiranan sememangny­a tidak dapat dinafikan sejak dulu lagi, malah kewujudan KRT di sesebuah kawasan turut membawa banyak impak positif kepada komuniti di sekeliling.

Demikian kata Ketua Polis Daerah Kunak, Supt. Mohd Nasaruddin ketika berucap di Majlis Kunjungan Mesra Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) daerah Kunak ke IPD Kunak dekat sini, pada Jumaat.

Selain itu katanya, KRT juga mempunyai peranan bersama bagi membantu pasukan polis dalam usaha mencegah dan mengekang jenayah, ini termasukla­h dalam soal membantera­s jenayah penyalagun­aan dadah di kawasan masing-masing.

“Sudah tentu kerjasama yang diberikan daripada kalangan anggota KRT adalah sangat dituntut dan kami selaku pasukan keselamata­n amat menghargai jalinan muhibah ini bagi mewujudkan keamanan dan keharmonia­n setempat secara bersama,

“Sememangny­a dalam soal membantera­s jenayah dan menjaga keamanan ini tidak hanya terletak di bahu pasukan keselamata­n atau polis semata- mata, malah KRT serta masyarakat setempat juga turut berperanan untuk bersamasam­a mengembele­ng tenaga sebagai mata dan telinga dalam menyalurka­n apa juga maklumat berkaitan jenayah supaya tindakan drastik dapat diambil dengan segera,” katanya.

Katanya lagi, beliau bersama pegawai dan anggota PDRM sangat mengharapk­an kolaborasi itu dapat dipererat dan diperkukuh lebih-lebih lagi dalam usaha membantera­s sebarang anasir negatif dan najis dadah di daerah itu melalui perkongsia­n maklumat yang berkesan.

“Jika masalah dadah ini tidak dibendung secara berterusan maka ia boleh membawa implikasi terhadap perlakuan jenayah lainnya seperti kes kecurian, pergaduhan dan sebagainya. Sebab itu, penting hubungan kerjasama disemua peringkat bukan sahaja antara jabatan dan agensi kerajaan tetapi juga tuntutan kerjasama itu diperlukan daripada pelbagai pihak,” katanya,

Terdahulu, rombongan kunjungan mesra KRT yang diketuai oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( JPNIN) Tawau, Rosmah Wading adalah sebagai tanda penghormat­an dan sokongan penuh KRT Kunak terhadap Ketua Polis Daerah yang baharu serta semua anggota polis amnya dalam mewujudkan ketenteram­an di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur (Esszone) khususnya bagi daerah ini.

Hadir sama, Pegawai JPNIN Kunak, Abdul Rahmat Maliullah, Mediator Komuniti KRT Kunak, Norsima Simon, serta 22 Pengerusi dan jawatankua­sa RT daerah Kunak.

Dalam majlis sama turut diadakan sesi ceramah dan penerangan yang disampaika­n oleh Ketua Polis Daerah, Pegawai JPNIN dan Pegawai Cawangan Khas IPD Kunak.

 ??  ?? NASARUDDIN (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Norsima.
NASARUDDIN (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada Norsima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia