Utusan Borneo (Sabah)

958 terima sijil

Sempena Majlis Graduasi Tabika Perpaduan Zon Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTAKINABA­LU:Seramai 958 murid menerima sijil pada Majlis Graduasi Tabika Perpaduan Zon Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar di Dewan Saadah Wisma Muis, Kota Kinabalu pada 19 November 2016 bersamaan hari Sabtu lepas.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mohjigoh menyempurn­akan majlis penyampaia­n sijil dan anugerah kepada muridmurid Tabika Perpaduan Daerah Penampang, Putatan, dan Papar pada sesi pertama, jam 8 pagi.

Manakala pada sesi kedua, jam 2 petang, majlis penyerahan sijil dan anugerah kepada murid-murid Tabika Perpaduan Daerah Kota Kinabalu disempurna­kan oleh Puan Sri Datuk Seri Panglima Melinda Mak, isteri kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pegawai Perpaduan Zon Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Papar, Puan Normalawat­i Hassim mengatakan majlis berkenaan diadakan khas bagi meraihkan murid- murid yang telah menamatkan pendidikan di peringkat prasekolah, sambil memberi motivasi kepada mereka untuk meneruskan pelajaran di peringkat sekolah rendah.

Seramai 40 murid menerima Anugerah Murid Cemerlang bagi tahun 2016. Murid cemerlang berkenaan adalah terdiri daripada 20 murid Tabika Perpaduan Daerah Kota Kinabalu, 10 murid Tabika Perpaduan Daerah Penampang, 6 murid Tabika Perpaduan Daerah Papar, dan 4 murid Tabika Perpaduan Daerah Putatan.

Majlis graduasi berkenaan dimeriahka­n dengan persembaha­n tarian 1Malaysia dan Bicara Berirama daripada murid- murid Tabika Perpaduan sendiri.

Ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan memenuhi setiap ruang dalam Dewan Saadah membuktika­n sukacita dan sokongan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka dan juga sokongan terhadap Tabika Perpaduan.

 ??  ?? MELINDA bergambar bersama pegawai-pegawai perpaduan, AJK penyelaras, dan Pengerusi-Pengerusi KRT Zon Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, dan Papar. ( gambar kanan) MELINDA menyampaik­an Anugerah Murid Cemerlang kepada Nurul Afrina Hidayyah Zainie.
MELINDA bergambar bersama pegawai-pegawai perpaduan, AJK penyelaras, dan Pengerusi-Pengerusi KRT Zon Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, dan Papar. ( gambar kanan) MELINDA menyampaik­an Anugerah Murid Cemerlang kepada Nurul Afrina Hidayyah Zainie.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MARCUS dan Normalawat­i bergambar bersama murid-murid cemerlang Tabika Perpaduan Daerah Penampang, Putatan, dan Papar 2016.
MARCUS dan Normalawat­i bergambar bersama murid-murid cemerlang Tabika Perpaduan Daerah Penampang, Putatan, dan Papar 2016.
 ??  ?? MELINDA dan Puan Normalawat­i bergambar bersama murid-murid cemerlang Tabika Perpaduan Daerah Kota Kinabalu 2016.
MELINDA dan Puan Normalawat­i bergambar bersama murid-murid cemerlang Tabika Perpaduan Daerah Kota Kinabalu 2016.
 ??  ?? MARCUS memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis.
MARCUS memukul gong sebagai simbolik perasmian majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia