Utusan Borneo (Sabah)

Keceriaan Krismas buat pesakit Pusat Jantung HUS

Jamilah ketuai rombongan SABATI sampai 250 bungkusan hadiah kepada pesakit, kek buat jururawat

-

Pada kunjungan lalu, SABATI juga telah menderma beberapa barangan dan kelengkapa­n untuk manfaat setiap pesakit yang mendapat rawatan di sini dari seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Pucuk kepimpinan dan ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri ( SABATI) membawa keceriaan kepada pesakit di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini semalam.

Dalam kunjungan itu, rombongan SABATI turut menyampaik­an 250 bungkusan hadiah kepada pesakit sempena sambutan perayaan Krismas yang akan disambut 25 Disember depan.

Mengetuai rombongan ialah Presiden SABATI juga pemegang amanah Yayasan Jantung Sarawak Datin Patinggi Datuk Amar Jamilah Anu.

Selain menyampaik­an bungkusan hadiah kepada pesakit, Jamilah juga berkesempa­tan menyampaik­an kek kepada para jururawat di pusat tersebut yang diwakili Matron Tie Suk Foong.

Dalam kenyataan media oleh SABATI, Jamilah dipetik sebagai berkata, persatuan itu berperanan sebagai organisasi pengasas Yayasan Jantung Sarawak sememangny­a mempunyai hubungan istimewa dengan pusat tersebut.

“Maka itu, SABATI berasa begitu teruja kerana berkesempa­tan melawat pusat ini sekali lagi tahun ini.

“Pada kunjungan lalu, SABATIjuga­telahmende­rma beberapa barangan dan kelengkapa­n untuk manfaat setiap pesakit yang mendapat rawatan di sini dari seluruh Sarawak,” katanya.

Jamilah memberitah­u, SABATI menghargai serta memuji kemahiran dan dedikasi yang ditunjuk kakitangan Pusat Jantung HUS dan terus memberi sokongan kepada pembanguna­n pusat itu.

Beliau juga menekankan mengenai kepentinga­n mengamalka­n gaya hidup sihat sekaligus mengekalka­n fungsi jantung yang sihat.

DATIN PATINGGI DATUK AMAR JAMILAH ANU Presiden SABATI

 ??  ?? “Mulakan daripada sekarang sebelum terlambat dan anda tidak akan menyesal,” jelasnya.
Turut hadir ialah Pengarah Pusat Jantung HUS Dr Mohd Asri Riffin. JAMILAH (duduk tengah) dan Dr Asri ( duduk lima kiri) bersama tetamu lain merakam kenangan bersama...
“Mulakan daripada sekarang sebelum terlambat dan anda tidak akan menyesal,” jelasnya. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Jantung HUS Dr Mohd Asri Riffin. JAMILAH (duduk tengah) dan Dr Asri ( duduk lima kiri) bersama tetamu lain merakam kenangan bersama...
 ??  ?? JAMILAH (tiga kiri) juga berkesempa­tan menyampaik­an kek kepada Matron Tie. Turut kelihatan Dr Asri (kanan).
JAMILAH (tiga kiri) juga berkesempa­tan menyampaik­an kek kepada Matron Tie. Turut kelihatan Dr Asri (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia