Utusan Borneo (Sabah)

PPD Subis, DBP Sarawak anjur kursus penulisan cerpen, sajak

-

KUCHING: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Subis dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak menganjurk­an kursus penulisan cerpen dan sajak, baru-baru ini.

Kursus selama dua hari itu dihadiri oleh 35 guru terdiri daripada tujuh guru sekolah menengah dan 28 guru sekolah rendah dari seluruh daerah Subis.

Berucap pada majlis penutupan kursus itu, Timbalan PPD Subis Irwan Tambi berkata sebagai pendidik, guru harus menjadi model kepada murid dan pelajarnya dalam hal keilmuan dan kemahiran.

Justeru, katanya, guru perlu menjadi lebih kreatif dalam penyampaia­n ilmu serta kemahiran kepada murid dan pelajarnya agar lebih efektif dan mudah difahami.

“Kursus ini amat penting untuk warga pendidik kita terutama dari daerah ini untuk mereka meningkatk­an kemahiran serta daya kreativiti untuk pengajaran dan pembelajar­an dalam bilik darjah yang lebih berkesan.

“Saya berharap apa yang dipelajari daripada kursus ini akan dapat diguna pakai dengan sebaiknya oleh para peserta dalam usaha kita untuk meningkatk­an lagi mutu pendidikan kita,” ujarnya.

Sementara itu, Jais Sahok dalam ceramahnya menerangka­n dengan terperinci mengenai teknik penulisan cerpen yang paling berkesan.

Jais yang juga Pakar Pembimbing Pembanguna­n Sekolah ( SISC) Bahasa Melayu Sekolah Menengah dari PPD Kuching turut membimbing peserta menghasilk­an sebanyak 10,000 cerpen melalui penggunaan borang Analisis Morfologi ciptaannya.

Seterusnya, para peserta dibimbing cara menyisip estetika karya ke dalam cerpen yang sudah terhasil di mana terdapat empat estetika karya iaitu sastera, bahasa, ilmu pengetahua­n dan kerohanian.

Dalam pada itu, ratarata peserta kursus berpuas hati dengan kursus yang dikendalik­an oleh Jais tersebut.

Salah seorang peserta, Cikgu Affendi Edi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Masjid, Subis berpendapa­t kursus itu harus dipanjangk­an lagi.

Katanya, banyak perkara yang dipelajari sepanjang dua hari kursus tersebut terutama memgenai penulisan cerpen kreatif.

Namun, katanya, tempoh bagi kursus itu agak singkat dan jika dipanjangk­an lagi mungkin lebih banyak ilmu serta kemahiran dapat dipelajari oleh mereka untuk dikongsika­n dengan murid dan pelajar masing-masing.

 ??  ?? JAIS (kiri) memberi bimbingan kepada peserta bengkel mengenai penulisan cerpen kreatif.
JAIS (kiri) memberi bimbingan kepada peserta bengkel mengenai penulisan cerpen kreatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia