Utusan Borneo (Sabah)

Jentera PBB Pantai Damai siap siaga hadapi PRU14

-

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Cawangan Pantai Damai kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) yang dijangka berlangsun­g bila-bila masa dalam tempoh terdekat.

Menjelaska­n perkara itu, Menteri Muda Kemudahan Awam ( Elektrik dan Telekomuni­kasi) Dr Abdul Rahman Junaidi selain itu berkata, mereka juga telah bersedia bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) untuk kawasan Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan sehabis baik.

Jelasnya, semangat pilihan raya jentera itu juga masih segar dan berkobar selepas kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11), Mei lalu.

Katanya, meskipun BN meraih kemenangan besar pada PRN lalu, ia langsung tidak menjadikan jentera parti itu berada di dalam zon selesa, sebaliknya memulakan persiapan bagi menghadapi PRU14 tidak lama lagi.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberi bayangan PRU14 bakal diadakan tidak lama lagi dan sekiranya PRU14 diumumkan dalam masa terdekat ini, kita sudah bersedia menghadapi­nya.

“Sememangny­a persediaan yang kita lakukan tidak pernah berhenti sejak PRU13 lepas, malah ia berterusan sehingga kini dan diharap ia (PRU14) dapat diadakan segera, lebih cepat lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an sumbangan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi ( IPT) dan persatuan bagi kawasan DUN Pantai Damai di pejabatnya di Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, jentera parti itu kini hanya menunggu isyarat daripada kepimpinan tertinggi dan akan terus bergerak mengaktifk­an jentera pada bila-bila masa.

“Selain jentera parti, barisan kepimpinan masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) juga digesa untuk bersiap sedia bagi memastikan kelancaran sepanjang berlangsun­gnya musim pilihan raya,” jelasnya sambil menambah antara strategi awal yang akan dibuat ialah mengadakan perjumpaan seperti seminar dan bengkel.

Mengenai majlis itu, Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada enam pelajar yang melanjutka­n pengajian di peringkat IPT serta 21 persatuan dan NGO di seluruh kawasan Pantai Damai dengan keseluruha­n agihan berjumlah RM30,000.

“Bagi pelajar IPT, sumbangan ini diharap dapat membangkit­kan lagi semangat untuk belajar sehingga ke peringkat lebih tinggi selain menjadi pemangkin semangat pelajar lain untuk menjejakka­n kaki ke menara gading.

 ??  ?? DR Abdul Rahman (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Kamsiah Saufi (kiri), ibu kepada Aizat Mohiden yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di UiTM. Turut kelihatan, Merdehi (kanan) dan Sedik (dua kiri).
DR Abdul Rahman (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Kamsiah Saufi (kiri), ibu kepada Aizat Mohiden yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di UiTM. Turut kelihatan, Merdehi (kanan) dan Sedik (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia