Utusan Borneo (Sabah)

UEM Edgenta jangka hasil berkembang 20 peratus dengan pengambila­lihan AIFS

-

PETALING JAYA: UEM Edgenta Bhd menjangka hasil kumpulanny­a meningkat sebanyak 20 peratus tahun depan, dipacu sumbangan daripada segmen penjagaan kesihatann­ya susulan selesainya cadangan pengambila­lihan Asia Integrated Facility Solutions Pte Ltd (AIFS) dengan harga RM563.2 juta.

UEM Edgenta pada Jumaat menerima kelulusan daripada pemegang sahamnya bagi cadangan pengambila­lihan itu dan menjangka menyelesai­kan janji niaga tersebut pada pertengaha­n bulan ini.

Pengambila­lihan itu akan menyumbang tambahan RM310 juta kepada sumbangan RM350 juta sekarang daripada sektor penjagaan kesihatan.

Ia akan berjumlah RM660 juta, mewakili 20 peratus daripada jumlah pendapatan kumpulan.

“Ini akan dicerminka­n pada 2017 dan selepas kejayaan memuktamad­kan pengambila­lihan itu pada 15 Dis, 2016,” kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta Azmir Merican kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata segmen penjagaan kesihatan penting kepada perniagaan teras syarikat selain pengangkut­an, justeru janji niaga itu sangat penting.

UEM Edgenta, bahagian teras keempat UEM Group Bhd, merupakan satu daripada pemain penyelesai­an aset menyeluruh di rantau ini, menyediaka­n perkhidmat­an kepada pelbagai segmen seperti perunding aset, penjagaan kesihatan, prasarana, kemudahan, hartanah dan tenaga.

Sementara itu, AIFS yang berpangkal­an di Singapura adalah syarikat pegangan UEMS Pte Ltd, penyedia pengurusan kemudahan dengan rekod prestasi lebih 25 tahun menyediaka­n perkhidmat­an kepada lebih 90 hospital dan institusi penjagaan kesihatan di republik itu, Taiwan dan Malaysia, dengan jumlah 26,000 katil.

Azmir berkata bagi tempoh lima tahun akan datang, strategi pertumbuha­n UEMS termasukla­h pengembang­an ke negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia dan Kemboja.

Di Malaysia, UEMS menyediaka­n perkhidmat­an kepada segmen penjagaan kesihatan swasta dan hospital seperti Prince Court Medical Centre, Pantai Hospital Kuala Lumpur, Gleneagles Penang dan Assunta Hospital.

Di Taiwan, ia menguruska­n kemudahan hospital bagi hospital awam dan swasta seperti Saint Paul’s Hospital, National Taiwan University Hospital, Pingtung Christian Hospital dan Yuan’s General Hospital.

Bagi Singapura, ia menyediaka­n perkhidmat­an perkemasan dan pengurusan pesakit bagi pelanggan termasuk Changi General Hospital, St Luke’s Hospital, Tan Tock Seng Hospital, serta Sengkang Health@Alexandra Hospital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia