Utusan Borneo (Sabah)

Gadis cilik berbakat

Sylvia Voo hangatkan suasana hari kedua Pesta Buku Mega Popular

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hari kedua Pesta Buku Mega Popular menampilka­n gadis cilik berbakat iaitu Sylvia Voo yang berjaya menarik perhatian pengunjung khususnya kanak- kanak yang mengunjung­i pesta berkenaan.

Kehadiran anak gadis kelahiran Sabah yang berumur 10 tahun itu cukup memukau penonton yang hadir di salah satu pusat beli belah dengan gelagat yang beliau persembahk­an.

Dendangan nyanyian dan silap mata yang Sylvia persembahk­an adalah salah satu daripada acara yang berlangsun­g kelmarin selepas berakhirny­a sesi kuiz Popular.

Pegawai Perhubunga­n Awam dan Acara Vynee Ng Hui Nee ketika ditemui berkata, pihaknya sering mengundang Sylvia untuk membuat persembaha­n apabila pesta buku itu diadakan setiap tahun.

“Ini kali ketiga Sylvia diundang untuk menghiburk­an pengunjung yang hadir terutamany­a kanak- kanak di samping mengajak mereka membeli belah buku dan peralatan sekolah yang dijual sepanjang pesta berlangsun­g.

“Lebih mengujakan lagi apabila Sylvia membuat pesembahan silap mata yang sukar dijangka memandangk­an dia masih bawah umur belasan tahun.. dan ini membuktika­n bahawa kanak-kanak memiliki bakat yang perlu dicungkil,” katanya ketika ditemui pada Pesta Buku, di sini kelmarin.

Sylvia yang pernah memenangi pertanding­an ‘ Talent Kids Competitio­n

Champion’ di Hong Kong tahun lepas itu berkata, dia sangat gembira diberikan peluang oleh Popular Book Sdn Bhd yang sentiasa memberikan kepercayaa­n untuk dirinya.

Menurutnya, apa yang lebih penting adalah menyampaik­an mesej kepada kanak-kanak seusia dengannya agar sentiasa menonjolka­n bakat diri supaya mampu mencapai impian hidup masing-masing.

“Walaupun saya masih bersekolah­dankerapdi­panggil membuat persembaha­n, akademik tetap saya utamakan dengan bijak membahagik­an masa.

“Bagi saya, pihak penganjur menjemput saya adalah untuk menarik minat kanak-kanak supaya mereka dapat memanfaatk­an masa minggu yang terluang ini bersama keluarga untuk mencari bahan-bahan bacaan yang berguna buat mereka,” jelasnya.

Beliau yang juga memiliki hobi membaca itu turut mengajak rakan seusia dengannya agar menimba ilmu secara berterusan melalui pembacaan kerana ilmu amat berguna untuk meningkatk­an pelbagai kemahiran diri.

Dalam pada itu, turut berlangsun­g demontrasi menghasilk­an hidangan Sushi King yang dipersemba­hkan oleh Pembantu Pengurus Restoran Sushi King cawangan Sabah iaitu Chin Yee Yee bersama Chef Julia Saimon.

Selain mengajar mengenai cara pembuatan makanan Jepun yang terkenal itu, Chin turut memberikan peluang kepada kanak-kanak bersama ibu bapa untuk mereka mencuba sendiri.

“Kami juga memberikan penjelasan dan peringatan kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak masingmasi­ng supaya memantau anak ketika memasak untuk mengelakka­n daripad berlakunya kecelakaan.

“Hal ini kerana, segelintir kanak- kanak juga suka melakukan aktiviti memasak di rumah tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung sekiranya tidak berhati-hati dengan alat memasak yang boleh mencederak­an diri mereka,” katanya. Seterusnya, aktiviti karnival

‘ My 1st Green Step’ yang mengetenga­hkan topik kitar semula turut berlangsun­g untuk memberi pendedahan ilmu kepada kanak- kanak sambil berhibur.

Vynee berkata, terdapat lima stesen yang dibuka oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan melibatkan kitar semula membuka permainan buat kanak-kanak yang hadir.

Katanya, sesudah berjaya menyelesai­kan setiap permainan yang diberikan, peserta yang berumur dari empat hingga 13 tahun itu akan menerima satu botol eksklusif BROS.

“Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi buku dan hadiah berupa baucar dengan hanya menunjukka­n kupon kuiz yang boleh didapati akhbar harian ( Utusan Borneo, Borneo Post dan See Hua Daily) di pentas seterusnya menjawab soalan yang diajukan.

“Justeru, kami mengajak orang ramai sekitar bandaraya mahupun di kawasan luar bandar supaya membawa anak masing-masing mengunjung­i pesta buku ini disamping berhibur di setiap acara yang kami sediakan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) GELAGAT Sylvia ketika menunjukka­n silap mata.
(Gambar kanan) KAKITANGAN Popular menyampaik­an hadiah berupa botol eksklusif kepada kanak-kanak yang berjaya menamatkan pemainan di setiap stesen yang diberikan.
(Gambar atas) GELAGAT Sylvia ketika menunjukka­n silap mata. (Gambar kanan) KAKITANGAN Popular menyampaik­an hadiah berupa botol eksklusif kepada kanak-kanak yang berjaya menamatkan pemainan di setiap stesen yang diberikan.
 ??  ?? SALAH seorang kanak-kanak yang tengah menyelesai­kan kuiz untuk meneruskan stesen seterusnya.
SALAH seorang kanak-kanak yang tengah menyelesai­kan kuiz untuk meneruskan stesen seterusnya.
 ??  ?? CHIN sedang mengajar kanak-kanak yang hadir cara mengaul nasi untuk menghasilk­an hidangan Sushi King pada Pesta berkenaan.
CHIN sedang mengajar kanak-kanak yang hadir cara mengaul nasi untuk menghasilk­an hidangan Sushi King pada Pesta berkenaan.
 ??  ?? SYLVIA Voo sambil memegang ular selepas mempersemb­ahkan pertunjukk­an silap mata.
SYLVIA Voo sambil memegang ular selepas mempersemb­ahkan pertunjukk­an silap mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia