Utusan Borneo (Sabah)

Taliban gantung mati pelajar universiti

-

KABUL: Puak militan Taliban menggantun­g seorang pelajar universiti di khalayak ramai di sebuah kampung ke barat Kabul selepas dia dituduh terlibat dalam kematian seorang pegawai kanan Taliban, kata seorang jurucakap kerajaan tempatan semalam.

Abdul Rahman Mangal berkata Faiz ul Rahman Wardak, pelajar tahun empat di Universiti Politeknik Kabul, digantung di perkampung­an Sewaka dalam daerah Chak, 60 kilometer di luar ibu kota.

Dia berkata, Taliban menuduhnya terbabit dalam pem- bunuhan seorang pegawai perisikan Taliban bernama Mullah Mirwais.

“Dia mahu bercuti di rumah tetapi ditangkap Khamis lepas oleh Taliban tempatan dan mereka menggantun­gnya di khalayak ramai,” kata Mangal.

“Sebaik sahaja kami mendapat maklumat, kami cuba membantuny­a tetapi puak Taliban menggantun­gnya serta-merta.”

Gambar yang dipercayai menunjukka­n mayat lelaki itu, yang digantung pada lehernya dari sebuah tiang gantung yang diubahsuai, dis- ebarkan dalam media sosial.

Jurucakap utama Taliban, Zabihullah Mujahid berkata kes itu sedang disiasat.

“Sebaik sahaja kami selesai mencari fakta dan membuat siasatan kami, kami akan berkongsi maklumat,” katanya.

Taliban, yang menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat menguasai atau merebut kira-kira satu pertiga Afghanista­n, mempunyai kehadiran meluas di Maidan Wardak, ke barat Kabul, di mana mereka mencabar kuasa kerajaan yang disokong dunia Barat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia