Utusan Borneo (Sabah)

Abu Castro kembali ke pangkal revolusi

-

SANTIAGO DE CUBA: Konvoi yang membawa abu mendiang pemimpin komunis Cuba, Fidel Castro, menamatkan perjalanan ke seluruh pulau tersebut semalam di tempat asal revolusiny­a untuk satu acara besar sebelum pengebumia­nnya.

Bekas kayu cedar yang ditutupi bendera itu meninggalk­an Havana pada Rabu lepas, melintasi jalan yang dibarisi orang yang melaung “Saya adalah Fidel!” dan singgah setiap hari dalam perjalanan ke Santiago de Cuba di bahagian timur negara.

Presiden Raul Castro, yang mengambil alih kuasa selepas abangnya jatuh sakit pada 2006, menyampaik­an ucapan yang amat dinanti-nantikan dalam satu penghormat­an besar-besaran bersama pembesar asing pada malam semalam.

Melengkapi tempoh berkabung sembilan hari, abu itu akan ditanam dalam satu acara tertutup hari ini di perkuburan Santa Ifigenia, di mana wira kemerdekaa­n abad ke-19 Jose Marti dikebumi.

Kematian Fidel Castro pada 25 November lalu di usia 90 tahun mencetuska­n perbincang­an mengenai warisannya yang memecah belah rakyat serta hala tuju negara tanpa pemimpin agung itu yang memerintah hampir selama setengah abad.

Penyokong yang menitiskan air mata memuji Fidel Castro di atas pendidikan dan penjagaan kesihatan percuma yang beliau sebarkan di pulau ini, manakala pengkritik memanggiln­ya seorang diktator kejam yang mengurung penentang dan memusnahka­n ekonomi.

Orang ramai mempamerka­n gambar Castro ketika Santiago bersiap sedia untuk menyambut konvoi.

“Beliau adalah bapa bagi semua warga Cuba dan semua orang yang memerlukan bantuan,” kata Margarita Aguilera, 54, pengarah syarikat tembakau awam yang me- lukis kata-kata ‘selamat jalan, komandan’ pada batu.

Enediel Rodriguez, 50, membantu untuk membuat persiapan kelmarin di sebuah dewan awam di mana orang dapat menyaksika­n ketibaan jip yang membawa abu berkenaan sebelum mereka keluar di jalanan.

Kerajaan sudah mengetuai satu rapat umum yang besar bersama 24 presiden asing di Havana pada Selasa lepas, tetapi Santiago istimewa dalam kehidupan Castro.

Pada 26 Julai 1953, adikberadi­k Castro melancarka­n serangan yang gagal ke atas berek tentera Mocada di bandar itu, kira-kira 900 kilometer ke timur Havana.

Ketika pemberonta­k itu dipenjara, ia meletakkan Castro di atas peta dan beliau seterusnya hidup dalam buangan di Mexico.

“Hukum saya, ia tidak penting,” kata peguam terlatih itu pada perbicaraa­nnya. “Sejarah akan memaafkan saya.” Tiga tahun selepas kekalahan di Moncada, adik beradik Castro dan kumpulan pemberonta­k mereka yang berjanggut kembali ke Cuba dengan menaiki sebuah kapal bernama Granma.

Kelmarin, Cuba memperinga­ti 60 tahun sejak kapal layar itu mendarat di sebuah pantai tenggara.

Pemberonta­k tersebut lari ke pergununga­n Sierra Maestra, melancarka­n perang gerila yang akan berakhir dengan kemenangan ke atas diktator yang disokong oleh Amerika Syarikat, Fulgencio Batista, pada 1 Januari 1959.

Sementara ratusan ribu orang berhimpun di sepanjang jalan untuk mengucapka­n selamat jalan, kerajaan turut menggalakk­an rakyat Cuba untuk menandatan­gani ikrar akan mempertaha­nkan revolusiny­a.

Sementara itu, penentang enggan menonjolka­n diri dan membatalka­n protes biasa mereka.

 ?? — Gambar AFP ?? ABU Castro melalui jalanan Bayamo kelmarin pada penghujung perjalanan empat hari merentasi pulau itu untuk pengebumia­n di Santiago de Cuba.
— Gambar AFP ABU Castro melalui jalanan Bayamo kelmarin pada penghujung perjalanan empat hari merentasi pulau itu untuk pengebumia­n di Santiago de Cuba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia