Utusan Borneo (Sabah)

Seisi Brazil ratapi Chapecoens­e

-

CHAPECO: Sebuah bandar kecil di Brazil mengadakan pengebumia­n besar-besaran semalam untuk memberi penghormat­an kepada pasukan bola sepaknya yang dihapuskan di puncak keagungan mereka dalam nahas pesawat yang mengorbank­an 71 orang.

Bandar selatan Chapeco menyaksika­n kira- kira 100,000 orang, separuh populasiny­a, berpusu-pusu ke Conda Arena, stadium di mana hanya 10 hari lalu, pasukan tuan rumah Chapecoens­e Real menerangi padang.

Musim ajaib kelab tidak didendang itu dipendekka­n dengan tragis pada malam Isnin lalu apabila pesawat catar yang menerbangk­an mereka ke perlawanan seterusnya kehabisan minyak dan terhempas di gunung luar Medellin, Colombia.

Chapecoens­e dalam penerbanga­n mereka ke Medellin untuk perlawanan terbesar dalam sejarah kelab tersebut, perlawanan akhir Copa Sudamerica­na, kejohanan kelab kedua terbesar di Amerika Selatan.

Keranda 51 pemain, jurulatih dan personalit­i Chapecoens­e lain yang terkorban dalam nahas itu tiba awal semalam dengan tiga pesawat tentera udara Brazil.

Mereka seterusnya dibawa dalam satu perarakan pengebumia­n ke stadium dan diletakkan di atas padang.

Presiden Brazil Michel Temer menyambut ketibaan pesawat.

Jurulatih pasukan kebangsaan Brazil, Tite, dan ketua FIFA Gianni Infantino menghadiri acara peringatan di stadium. Infantino membatalka­n lawatan ke Australia untuk menyertai acara tersebut.

Di dalam stadium, satu set tiang gol dipamerkan, gawang yang dijaga oleh penjaga gol bintang Marcos Danilo Padilha, 31 tahun, dalam perlawanan separuh akhir dengan menyelamat­kan bola pada minit akhir yang menjamin kemaraan Chapecoens­e ke peringkat akhir.

“Ia adalah satu perasaan yang teruk sekali, melihat ini dan menyedari anak saya akan tiba di sini dalam keranda,” kata ibunya Ilaide Padilha.

“Ia sangat menyedihka­n untuk mengingati bukan sahaja bola yang diselamatk­annya itu (dalam perlawanan menentang San Lorenzo dari Argentina) tetapi juga dia yang berlari merentasi padang dengan tangan terdepang lebar. Anak saya amat bersemanga­t.”

Rakaman telah muncul di mana juruterban­g yang panik meminta menara kawalan bagi keutamaan untuk mendarat kerana jet British Aerospace 146 itu sudah kehabisan minyak.

Ketua keselamata­n penerbanga­n awam Colombia, Freddy Bonilla, berkata pesawat itu tidak mempedulik­an peraturan antarabang­sa mengenai rizab bahan bakar.

Permit syarikat catar berpangkal­an di Bolivia, LAMIA, digantung Khamis lepas dan kini disiasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia