Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut perusuh cuba bunuh peninjau pendapat

-

LIMA: Seorang wanita maut dan kira-kira 40 lagi ditangkap di sebuah kampung setinggan di Peru selepas perusuh yang marah cuba membunuh dua peninjau pendapat awam yang disyaki membunuh kanakkanak tempatan untuk organ mereka, kata pihak berkuasa kelmarin.

Khabar angin dalam media sosial yang mendakwa mayat kanak-kanak dijumpai tanpa organ meniup histeria massa di kampung setinggan Huaycan di pinggir Lima, yang mendorong penduduk untuk menyerang dua pekerja sebuah syarikat peninjau pendapat awam yang menjalanka­n tinjauan pemasaran dari pintu ke pintu, kata Jeneral Hugo Begazo dari Pasukan Polis.

“Dalam masa beberapa saat sahaja, orang ramai mulai mengerumun­i kami,” kata Luis Nunes yang masih menggeleta­r, dari syarikat Quantum.

“Mereka hampir membunuh dan membakar kami.”

Polis berjaya mengeluark­an Nunez dan rakan sekerjanya dari kalangan perusuh, yang kemudian menyerang balai polis di Huaycan tempat mereka berlindung.

Polis sedang menyiasat kematian seorang wanita Huaycan akibat ditembak susulan rusuhan.

Begazo berkata lebih 12 anggota polis cedera manakala bom petrol dibaling dan kereta dibakar.

Satu pos Facebook memberi amaran kepada penduduk Huaycan, kebanyakan­nya pendatang tanah tinggi, untuk menjaga keselamata­n anak- anak mereka ekoran ketibaan ‘pishtaco’, raksasa dalam cerita masyarakat Andes yang membunuh orang untuk lemak mereka.

Pos lain menyebut mayat kanak-kanak muncul tanpa mata atau organ lain, dan wang tunai atau nota terima kasih ditinggalk­an.

Wanita yang terbunuh adalah seorang ibu yang mengumpul bahan buangan yang dapat dikitar semula untuk menyara hidup dan bukan sebahagian daripada perusuh, kata jirannya kepada wartawan TV.

Pada 2009, polis Peru berkata sekumpulan ‘pishtaco’ membunuh orang untuk menjual lemak mereka bagi kosmetik, satu dakwaan yang mereka kemudian akui adalah palsu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia